OPPO Find 7a

Sudah macam telefon bimbit Nokia dulu-dulu. Skrin dah retak-retak (pakai tampered glass), alhamdulillah masih boleh touchscreen. Dah banyak kali jatuh sampai terbuka penutup belakang dan bateri tercampak keluar. Pasang semula, alhamdulillah masih bernyawa.

Mula pakai OPPO Find 7a ni dari hujung 2014. Moga-moga dapat bertahan lama lagi. Banyak hal lain nak pakai ongkos.