Sos Pizza

Homemade Pizza Sauce

Bahan-bahan

1 tbsp minyak zaitun
1 tbsp mentega
5 ulas bawang putih, cincang
2 biji bawang besar kuning, cincang
1 tsp kepingan cili merah kering (nak pedas boleh tambah lagi)
1 tsp kepingan oregano kering
1 tsp lada hitam
1 tin besar tomato puree
1 tin besar diced tomato (kalau takde boleh guna fresh tomato dadukan… tapi kena masak lama sikit baru sedap)
2 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
4-5 tbsp keju parmesan, diparut
1 tbsp gula perang
2/3 cawan air
Garam secukup rasa

 

Cara

Letak periuk sederhana besar atas api sedang-sedang panas. Masukkan minyak zaitun, mentega, bawang putih dan bawang besar. Tumis sampai lembut sikit.
Dah tu masukkan kepingan cili merah, oregano dan lada hitam. Kacau dalam setengah minit.
Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali garam dan kacau-kacau. Kuatkan api sikit je. Tunggu sampai sos mendidih sambil kacau perlahan.
Dah mendidih dalam 1-2 minit, kecilkan api. Masukkan garam secukup rasa. Reneh paling kurang 1 jam. Nak terus guna pun boleh, tapi kurang sedap. Lagi lama reneh lagi sedap. Jangan lupa kacau sekali sekala.

Leave a Reply