Kacang Pool

Kacang Pool

Bahan-bahan

1 tin kacang pool (+-425g), toskan dan ramas hingga hancur
1 tin kecil baked beans (+-230g)
400g daging lembu kisar
4 biji bawang sederhana besar (red onion)*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
3 tbsp rempah kari daging (baba’s)
2 tbsp ketumbar serbuk
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
1 kiub ayam
2 cawan air
2 tbsp minyak sayuran/minyak masak
3 tbsp minyak sapi
2 tbsp butter
Garam, black pepper dan gula secukup rasa
1 tbsp minyak sapi lepas dah masak. (optional)

*blender atau grate atau cincang halus

Topping

Roti
Telur, digoreng mata kerbau separa masak
Red onion, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Limau kasturi
Minyak zaitun

 

– Guna api medium.
– Panaskan minyak masak, minyak sapi dan butter sampai minyak sapi dan butter cair.
– Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia. Bila dah naik bau masukkan rempah kari daging, serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, dan black pepper. Kacau rata.
– Masukkan daging lembu kisar dan kiub ayam. Kacau dan gaul rata sampai daging Nampak hancur dan tumisan pecah minyak.
– Masukkan kacang pool, baked beans dan air. Jumlah air boleh ditambah atau dikurangkan ikut nak pekat macam mana.
– Kacau sekali sekala sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
– Kecilkan api. Kacau sekali sekala. Masak sampai pecah minyak sikit.
– Lepas tutup api boleh tambah minyak sapi lagi kalau nak.
– Dah boleh hidang dengan toppings 😀

Leave a Reply