Family Outing, Zoo Negara

Setelah plan gitu gini kami pilih tarikh 20 Disember 2016 untuk beramai-ramai ke Zoo Negara. Masing-masing gerak asing-asing. Jadi kami berkumpul di luar zoo dulu.

Masing-masing dah beranak-anak makanya kena bawa bekal makanan dan air siap-siap. Tidaklah nanti di dalam zoo duit ikut sama berjalan tapi tak ikut pulang.

Sebelum family outing kali ni, kali terakhir pergi ke Zoo Negara Wafi belum lahir lagi. Tak ingat tahun bila, haha. Masa tu belum ada panda, itu pasti.

Rupa tak banyak berubah. Yang berubah… haiwan semakin berkurangan, rasanyalah. Lebih lagi kalau dibandingkan masa kali pertama saya pergi. Tapi dah lamaa la.

Cuma kali ni dapat tengok panda, sempat tengok persembahan amphitheater, dan pergi ke bahagian akuarium. Jadinya best jugak.

Di bawah adalah sedikit gambar yang sempat snap. Baru nak membiasakan diri bawak anak 2 orang jalan2 maka bawa Fujifilm X100T saja. Full album boleh lihat DI SINI.

Family outing, Zoo Negara

Family outing, Zoo Negara

Family outing, Zoo Negara

Family outing, Zoo Negara

Family outing, Zoo Negara

Family outing, Zoo Negara

Family outing, Zoo Negara

Family outing, Zoo Negara