Isi kepala

Kadang bila muncul isu-isu terkini sensasi begitu begini… saya juga ingin menghamburkan pendapat dan luahan yang meluap-luap dalam kepala. Tapi mungkin kerana usia saya yang sudah begini maka saya katakan pada diri saya, “Sabar… sabar… astagfirullah. Tunggu dan perhatikan.” Selalunya isi kepala awalnya begini, ?!?!?!!!#@&*$%#@!!!?!?! Akan jadi begini, ….ok…hmmm

Bacalah

Sekarang jarang sangat nampak Mak membaca. Mungkin sebab mata dah terlalu kabur dan Mak tak boleh duduk lama, sakit belakang. Dulu masa kecil selalu nampak Mak membaca. Mak tak pandai baca rumi. Nombor pun mesti ditulis/dicetak dengan besar dan jelas barulah Mak boleh baca. Mak selalu baca kitab bahasa Jawa. Dengar Mak membaca dengan penuh […]