Bacalah

Sekarang jarang sangat nampak Mak membaca. Mungkin sebab mata dah terlalu kabur dan Mak tak boleh duduk lama, sakit belakang.

Dulu masa kecil selalu nampak Mak membaca. Mak tak pandai baca rumi. Nombor pun mesti ditulis/dicetak dengan besar dan jelas barulah Mak boleh baca. Mak selalu baca kitab bahasa Jawa. Dengar Mak membaca dengan penuh payah. Dulu saya tak tau apa manfaatnya pada saya sebagai anak. Semakin umur saya bertambah, saya semakin faham dan berterima kasih pada Mak.

Perempuan. Tak kira kita duduk di mana, jangan berhenti ‘membaca’. Membaca dalam erti kata mencari ilmu dan ambil tahu perkara yang berlaku disekeliling. Sibuk macam mana pun, cari masa, jadi peka.

Terima kasih Mak, kerana tunjuk contoh yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *