Bertandang Hari Raya

Mood nak menaip sementara menunggu file tugasan.

Hari Raya. Ini situasi raya dia rumah Mak dan Bapak.

Biasanya hari raya ketiga atau keempat baru saya keluar beraya. Bawa Mak ke rumah saudara yang dekat-dekat. Pesanan Bapak sentiasa tersemat. Jangan terlalu lama di rumah orang.

Inti pesanan Bapak;

  • Hari Raya tetamu sentiasa datang. Beri peluang pada tuan rumah mana tau ada perlu nak buat apa-apa.
  • Bila dah ada anak kecil, jangan sampai ke fasa rumah orang dibuat macam rumah sendiri.
  • Jangan lama sangat nanti mesti ada orang datang rumah nak jumpa Mak kau.

Sejak bujang sampai sekarang biasanya Mak dan Bapak akan minta saya standby di rumah untuk bantu mereka sediakan apa yang patut untuk tetamu. Kebetulan suami pun bukan kaki jalan raya jadi dia pun happy je standby di rumah. Lepas tu nanti dia suka la sebab dapat greenlight untuk pergi bowling atau ngeteh dengan biras-biras dan anak2 saudara. I knoww…

Dah bertahun-tahun, macam-macam jenis budak dan makpak budak datang rumah mestilah ada iktibar. Jadinya barang-barang di rumah Mak mostly mesra kanak-kanak terutama untuk hari raya. Kira stok kalau pecah budak tak cedera, tuan rumah tak sengsara. Takat tumpah-tumpah sikit tu biasalah. Tetamu yang datang pun jarang sekali jenis yang buat bodo je bila anak-anak terbuat onar. Cuma rumah Mak banyak tangga, jadi kalau budak berlari-lari over tu bunyi la jugak mulut ni. Jatuh karang… makcik seriau dik oii.

Tips tambahan;

  • Dalam rumah orang, anak kecil lagi tak payah bagi pinggan sendiri. Suap.
  • Tuang air untuk anak ngam-ngam untuk dia habiskan beberapa teguk. Nak lagi nanti tambah lagi. Tuang banyak-banyak hampir pasti akan tumpah. Anak aku le tu.
  • Sembang sembang juga tapi mata sentiasalah perhati anak-anak. Macam Yamin dia suka usik barang kecil-kecil kemudian sorok entah dimana-mana. Wafi tak usik barang tapi bila makan minum tangan dia clumsy.
  • Kalau rasa memang anak langsung tak boleh dikawal dan makpak mudah sentap bila orang tegur anak kita, jangan bawak bertandang rumah orang. Kasar bunyinya. Tapi percayalah dan sabar, akan sampai masa anak sedia untuk dibawa berjalan ke rumah orang. Syaratnya ajar dulu behave di rumah, lama-lama nanti ok lah.

Dari pemerhatian sendiri. Sebenarnya orang bukan marah kalau ada kanak-kanak terbuat onar. Orang geram bila orang dewasa yang bawa kanak-kanak tu buat selamba saja. Kids will be kids, always. Adults should act like an adult, always. Tetamu dan juga tuan rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *