Piknik dan bbq di Kebun Ayah

Saya petik deskripsi di bawah dari page FB mereka;

“A unique eco inspired riverside campsite, training center and resort deep in the heart of the Malaysian rainforest, only 40 minutes away from Kuala Lumpur.”

Kebun Ayah terletak di Lembah Perting, Bentong, Pahang. Untuk sampai ke sini memang sedikit mencabar untuk kami yang bawa kereta Alza dan Wira. Tapi bila dah sampai memang berbaloi. Tempat ni memang sesuai untuk saya yang akan sakit kepala kalau ramai sangat orang, hihhi.

Piknik @ Kebun Ayah

Piknik @ Kebun Ayah

Kami sampai lebih kurang pukul 10 lebih. Staff Kebun ayah dah sediakan kerusi meja dan tong bbq. Selain nak mandi sungai kami nak bakar-bakar dan masak-masak. 😀

Piknik @ Kebun Ayah

Piknik @ Kebun Ayah

Masa kami sampai masih ada beberapa keluarga yang berkhemah di situ. Menjelang tengahari mereka beredar dan sungai kami punya! Hahha.

Piknik @ Kebun Ayah

Piknik @ Kebun Ayah

Piknik @ Kebun Ayah

Wafi dan Yamin puaslah main air dan berlari-lari. Kawasan terjaga, luas dan bersih. Ada bahagian sungai yang sesuai untuk anak kecil.

Piknik @ Kebun Ayah

Piknik @ Kebun Ayah

Yamin dan Wafi sempat tidur. Memang syok la tidur… bunyi hutan dan bunyi sungai je, aman.

Piknik @ Kebun Ayah

Kebetulan tuan punya tempat ni datang, dapatlah jumpa. Sebenarnya rumah kami dekat je tapi kat sini baru dapat jumpa, hahha. Intan ni schoolmate masa sekolah menengah dulu. Senang berurusan dengan Intan & Acat.

Piknik @ Kebun Ayah

Oh ya… kalau nak ke Lata Hammer, boleh parkir di tempat letak kereta Kebun Ayah (berbayar). Kemudian boleh trekking ke Lata Hammer. Kami tak pergi. Saya suka nature tapi badan dah tak berapa boleh nak ber’adventurous’ lagi-lagi anak masih kecil ni, hahah.

Ok, kalau nak info yang lebih lanjut dan terkini tentang Kebun Ayah bolehlah tengok di page FB ni https://www.facebook.com/kebunayah. Contact number semua boleh dapat di situ.

Boleh tengok lagi gambar sepanjang kami di situ. KLIK SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *