Piknik dan bbq di Kalumpang Resort and Training Centre

Sebelum ni ada sebut-sebut nak piknik di area Kalumpang. Tilik punya tilik kami pilih 18 November 2017.

Ok… Sebenarnya hampir tak jadi plan kami ke Kalumpang Resort and Training Centre (KRTC) ni. Sebabnya peralihan monsun jadinya cuaca sedikit haru biru lah kan di negeri-negeri belah barat ni. Tapi dah berjanji dengan anak nak ke sungai. Saya siap buat backup plan bawa Wafi tengok anak sungai yang tak boleh buat mandi je, haha.  Apapun saya hubungi dulu KRTC untuk tanya keadaan macam mana dan dapatkan beberapa maklumat lain. Contact person beritahu biasanya air deras sikit kalau lepas hujan. Masih ok untuk mandi manda, ikut keselesaan masing-masing. Saya diberi nombor yang boleh dihubungi guna whatsapp.

Beberapa minggu sebelum hari yang di plan untuk pergi, saya dah mula check ramalan cuaca untuk Kalumpang. Selang beberapa hari check, haha. Kemudian dapat sebaran maklumat Monsun Timur Laut dijangka bermula pada 13 November 2017. Ramalan cuaca Kalumpang untuk 18 November pun nampaknya makin elok.

Jadi saya pun buat booking untuk wakaf dan tong bbq di KRTC. Saya minta mereka cadangkan wakaf yang dekat dengan sungai supaya mudah nak monitor anak kecil mandi. Saya suka Wakaf Batu ni.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Dan memang dekat amat dengan sungai. Ada bahagian yang sesuai untuk anak kecil main air.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Yamin pun boleh lepak-lepak sambil tengok orang, hehhe.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Di KRTC ni tak dibenarkan bawa dapur (portable etc). Bbq boleh. Tapi barang kami still stok masak-masak. Atas bara bbq pun jadi, hehe.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Sungainya ada bahagian yang air deras, ada yang tak. Ada yang dalam, ada yang cetek.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Info lanjut boleh terus tengok di website KRTC.

Silakan view gambar lain yang kami sempat snap di SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *