Piknik di Lumut Waterfront, Marina Wing.

Sesiapa yang mencari tempat untuk berpiknik di Lumut bolehlah cuba di Lumut Waterfront, Marina Wing. Terletak di Jalan Titi Panjang. Ada kemudahan asas, tapi ada sekali saya pergi kakak kata tandasnya rosak.

Selain piknik dan bersiar-siar boleh juga melawat Muzium KD Rahmat yang ada di kawasan ni. Saya tak pernah masuk, hehe.

Apa yang best piknik di sini?

Baru 2 kali kami berpiknik di Lumut Waterfront ni. Saya suka sebab boleh makan bersila tepi laut tanpa diganggu pasir berterbangan. Tempat yang kami pilih diapit oleh 2 playground. Sesuai kalau bawa budak-budak. Iyalah.. budak-budak bukannya boleh duduk diam. Kalau disuruh makan dan tengok laut saja tentu mereka bosan.

Oh ya… kalau nak memancing pun boleh. Ada kawasan yang sesuai untuk memancing. Senang dapat ikan atau tidak, itu kurang pasti. Yang pastinya kami tak dapat, hihi.

Di bawah ni sikit gambar yang saya sempat snap.

 

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Bukan main gembira dapat main gelongsor mini.

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Tuu dia Muzium KD Rahmat di belakang tu.

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Bolehlah solat dimana-mana, janji bersih.

Kalau nak tengok gambar yang lain boleh KLIK SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *