Teluk Cempedak 2017

Sambil menyelam minum air.

Alang-alang dah dekat, kami sempat-sempatkan juga untuk jejak ke Pantai Teluk Cempedak. Luasss pantai dia. Tapi ombak agak kuat, musim tengkujuh.

Kami plan tak mandi di pantai, nak celup-celup kaki saja. Walaubagaimanapunn… Wafi berjaya buat trick untuk dapat basahkan satu badan. Buat-buat jatuh. Budak yang dulu punyalah penakut nak pijak air yang berpasir, sekarang pantang jumpa pantai atau sungai.

Saya suka pantai. Tapi tak suka mandi di pantai. Pertamanya sebab pantai biasanya banyak orang, maka saya malu. Kemudian lepas mandi pantai mesti badan rasa melekit, tak suka.

Mee Tarik Warisan, McD, Starbuck, A&W, dan Subway. Ini antara restoran yang ada di Pantai Teluk Cempedak. Haaa… macam-macam lagi ada. Tak sempat pusing-pusing. Jadi jangan risau kelaparan ya. Syaratnya bawa duitlah, haha.

Kemudahan asas seperti bilik mandi dan tandas mestilah ada. Boleh tahan bersih. Surau pun ada tapi kami tak masuk, tak sampai waktu solat. Oh ya kawasan parking tidaklah terlalu jauh dari kawasan riadah.

Sedikit gambar yang saya sempat snap di Pantai Teluk Cempedak. Ada lagi DI SINI.

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Best juga kumpul umang-umang. Comel.

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *