Suri Rumah

Terbaca banyak tulisan berkaitan suri rumah. Kadang saya rasa keliru bila membaca tulisan orang lain tentang suri rumah. Tentang pemahamannya. Entah mereka, atau saya yang keliru.

Saya mula bekerja sendiri sejak tahun 2007/2008. Masa tu masih bujang. Sampai sekarang anak sudah dua orang.

Ada beberapa situasi isteri yang saya (mungkin saya sahaja) kurang pasti adakah statusnya adalah suri rumah. Pertama, sudah berkahwin dan tinggal di kediaman tapi hanya goyang kaki saja. Kedua, sudah berkahwin tapi sentiasa berkembara atau musafir.

Selain itu pada pemahaman saya semua wanita yang telah berkahwin dan punya tempat tinggal yang dia uruskan adalah suri rumah. Ada suri rumah yang punya pendapatan sendiri contohnya hasil dari gaji berjawatan dari mana-mana syarikat, bekerja sendiri, pelaburan, dll. Ada suri rumah yang punya wang dari pemberian suami (atau mana-mana ahli keluarga lain) sahaja. Ada juga suri rumah yang tidak langsung punya wang untuk diri sendiri. Di mata saya, semuanya suri rumah. Suri rumah bukan pekerjaan, tetapi adalah gelaran yang datang dengan kemuliaan dan tanggungjawab.

Kadang terjadi bila saya katakan saya adalah suri rumah. Kemudian ada yang berkata… “Tapi kamu kan bekerja dan ada pendapatan?” Ok… tiba-tiba kepala saya berasa gatal, hahahah. Pada masa yang lain ada yang berkata… “Mesti bestkan jadi suri rumah.” Aduh… hati saya bagai digaru-garu dengan kuat, hahahha.

Tapi alhamdulillah hampir tiada kata-kata yang menyakitkan. Semua orang di sekeliling saya amat supportive dengan pilihan saya untuk bekerja sendiri.

Tak perlu nak bandingkan situasi mana yang paling baik, hidup siapa yang paling best. Semua orang ada jalan cerita sendiri. Kita pilih jalan yang paling sesuai dengan keadaan kita dan keluarga. Kita usaha untuk buat yang terbaik. Selebihnya kita berharap pada Allah. Allah pasti bantu hambanya yang berusaha. Kalau bukan sekarang, insyaallah di masa depan.

Tinggalkan Balasan