Suplemen dan Pesakit Kronik

Hari ini ada orang bertanya tentang Sacha Inchi Seed Oil. Memang seronok bila ada yang berminat dengan barang yang kita jual. Tapi sebagai penjual saya mesti jalankan kewajiban untuk bukan saja menerangkan tentang kebaikan produk yang saya jual tapi juga wajib memberitahu situasi yang boleh beri kesan yang kurang baik.

Contohnya hari ini seorang suami berminat untuk cuba beri Sacha Inchi Seed Oil kepada isterinya yang mengidap darah tinggi (high blood pressure) yang sukar dikawal dan punya masalah kolesterol tinggi. Beruntung isteri encik ni, suaminya prihatin.

Sacha Inchi Seed Oil memang sesuai untuk mengatasi masalah kolesterol tinggi. Walaupun saya berharap produk terjual tapi untuk pesakit darah tinggi yang kronik mestilah merujuk doktor dulu untuk mengambil apa-apa suplemen. Jadi saya sarankan encik tadi untuk merujuk doktor isterinya terlebih dahulu. Doktor lebih arif apa yang diperlukan dan perlu dijauhi oleh pesakit mereka. Ikutlah saranan doktor sama boleh atau tidak.

Saya tidak tahu ini akan menguntungkan atau merugikan saya. Tak apa, yang pasti saya tahu jika saya mahu jadikan kerja saya sebagai ibadah, saya mesti bertanggungjawab dengan barang dagangan saya.

Leave a Reply