Cara saya ingat hutang

Cara ingat hutang. Sebelum ini saya buat catatan di buku nota, dalam phone dan kadang-kadang ingat di kepala saja terutama yang short term. Tapi kadang yang saya fikir nak short term saja dah jadi tak berapa short.

Catat di buku atau phone, ok. Tapi bila dah cacamarba tu nak mengira, nak check mana yang sudah mana yang belum, pening. Jadi elok lepas belajar buat akaun dari sorang sahabat, saya cuba apply cara simple untuk rekod hutang.

Senarai Pemiutang
Buat Senarai Pemiutang

Saya buatkan entry dalam OpenOffice Calc (lebih kurang macam Excel tapi free) macam gambar di atas ni. ‘Balance’ adalah jumlah Amount – jumlah Paid. Nilai-nilai ditutup, malu… hahahha.

Lebih teratur begini saya rasa. Mesti asingkan hutang peribadi dan hutang niaga. Imej di atas untuk hutang peribadi. Walaupun cuma hutang dengan suami, anak-anak, dan bisnes sendiri… tetap perlu rekod. Semua wang anak-anak yang melalui saya sebelum masukkan ke akaun mereka saya rekod sebagai saya berhutang. Mana tau terpakai dulu sebelum transfer. Dah transfer ke akaun mereka, saya rekod sebagai ‘Paid’.

Oh ya maafkan saya… saya tak mahir istilah2-istilah sebenar akaun. Asal saya faham dan harap anda yang membaca pun faham, hihi.

Jika rasa bermanfaat bolehlah cuba apply untuk diri sendiri. Tak kisah cara yang kita pilih, yang penting kita tak terlupa ada hutang.

Sebenarnya tadi saya cuba menuntut hutang dari kawan. Krik krik krik.

Biasanya bila saya teringat hutang lapuk orang pada saya, hati sedih dan panas juga lah. Ada yang saya dah tak fikir nak tuntut. Kalau taknak bayar cakaplah awal-awal minta derma seikhlas hati, tidaklah saya ternanti-nanti. Bagi pun setakat yg kita boleh ikhlaskan. Kan?

Tapi hari ini tak sepanas selalu. Siap boleh buat blog post tentang macam mana cara saya ingatkan diri sendiri bila berhutang dengan pihak lain. Mana tau memang ada orang tak tahu cara nak ingat hutang. Kan…

p/s: Mungkin emosi saya lebih stabil sebab amalkan Sacha Inchi Seed Oil. Jom la cuba! Hihih…

Leave a Reply