Gelatin peel off mask

Best. Puas hati dapat tarik keluar whitehead dan blackhead guna gelatin peel off mask ni.

Kalau nak describe benda ‘disgusting but very satisfying’, inilah antara bendanya. Kadang geram betul dengan whitehead dan blackhead ni, dah guna scrub muka pun dia masih di situ. Setia sungguh. Nak picit sampai keluar kadang boleh melecet kulit. Tak berbaloi. Jadi, marilah buat peel off mask.

 

 

Ini resepinya.

Bahan-bahan

  • 2 tbsp serbuk gelatin
  • 4 tbsp susu panas (+-)

Arahan

  • Campurkan kedua-dua bahan dalam bekas yang sesuai.
  • Kacau hingga gelatin larut. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit susu panas. Jangan terlalu cair.
  • Boleh disapu ke wajah bila sudah suam. Jangan tunggu hingga terlalu sejuk, nanti susah nak sapu ke wajah. Boleh sapu guna jari atau berus yang sesuai.

Cara Guna

  • Pastikan wajah sudah dicuci bersih dari sebarang mekap.
  • Sapu dan ratakan pada wajah di bahagian yang bermasalah.
  • Hindari bahagian mata, bibir, dan kening.
  • Biarkan kering, ambil masa lebih kurang 40 minit.
  • Kupas topeng mula dari bahagian bawah ke atas. Lebih berkesan untuk tarik blackhead/whitehead jika kupas lawan arah bukaan pori-pori.
  • Cuci wajah dengan air sejuk. Sebaiknya sapu toner dan krim selepas keringkan wajah.

Bagitau siap-siap… agak sakit la juga masa tarik tu. Kalau ada yang terkena kening atau anak rambut yang kita tak mau tercabut, koyakkan bahagian tersebut. Kalau tarik juga silap-silap senget kening. Jangan risau, senang dibasuh kemudian.

Gelatin dan susu bagus untuk kulit. Susu senang nak cari. Bancuh susu tepung pun boleh. The best susu segar lah. Jangan bancuh susu pekat manis pula. Gelatin boleh beli di mana-mana pasaraya sama bahagian dengan agar-agar dan jelly. Jangan beli yang berperisa.

Ok… selamat mencuba!

 

Leave a Reply