Ikan Lumi: Rupa seram tapi sedap.

Ikan lumi atau di Sarawak dipanggil ikan lumek. Dah banyak kali saya nampak ikan lumi ni di pasar malam dan pasar basah. Dulu tak terfikir nak beli pun sebab nampak lembik macam ikan dah lama.

Kemudian ada terbaca pasal ikan lumi di beberapa blog. Macam menarik pula. Rupanya pelik dan menyeramkan tapi hati memang nak cuba, hahaha. Jadi akhirnya malam tadi saya beli juga di pasar malam dekat dengan rumah mertua. Katanya ikan lumi ni bermusim, jadi sementara ada ni beli sajalah.

Ikan Lumi
Warghhh… gigit, gigit.

Ikan Lumi
Mulut besar gigi tajam.

Mulutnya menakutkan, gigi tajam-tajam. Hati-hati masa nak siang, jari saya berdarah juga terkena giginya. Ikan lumi ni sangat lembik badannya tapi tak susah sangat nak siang. Potong kepala, potong ekor, dan buang isi perutnya. Nak lebih senang dimasak potonglah badannya ikut kesesuaian. Ada tulang-tulang halus tapi semua tulangnya lembut boleh dikunyah.

Mendiami laut dalam, nama saintifiknya Harpadon Nehereus. Dikenali juga sebagai Bombay Duck. Selain dimasak segar boleh juga dikeringkan atau disalai. Sangat berkhasiat dan kaya dengan omega 3.

Pertama kali makan ni saya goreng garing salut tepung. Tapi katanya dibuat masakan bersup sedap juga. Dagingnya flaky tetapi lembut. Rasanya lemak dan manis. Ada sikit rasa macam ikan biji nangka tapi versi extra lembut.

Ikan Lumi
Nampak sedap dan memang sedap.

Ikan Lumi
Up satu lagi. Sedap, hihi.

Malam tadi kami makan begitu saja. Kalau makan dengan nasi panas dan kicap ni tentu lagi best. Kalau makan begitu saja cicah sos pun sedap ni. Nyom nyom nyomm… hihi.

Ada rezeki lain kali beli lagi. Rasanya nak cuba potong ‘butterfly’ supaya tulangnya garing bila digoreng. Mesti lebih Umph!

Leave a Reply