‘Cheat Day’ jangan sampai sabotaj program penurunan berat badan.

Hujung minggu biasanya adalah ‘cheat day’ untuk anda-anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Tapi kadang cheat day akan sabotaj program penurunan berat badan anda. Maklumlah di Malaysia ni semua makanan sedap-sedap.

Saya tak ada apa-apa plan untuk menurunkan berat badan secara cepat apatah lagi drastik. Saya tau saya tak akan konsisten dengan aturan regim pemakanan dan aktiviti fizikal yang ketat. Kelemahan saya adalah makanan bergoreng dan kuih muih moden mahupun tradisional.

Saya juga tak disiplin dengan senaman. Kalau setakat plank atau senaman simple lain dalam rumah tu boleh la. Nak jogging di luar, aduhai… perlu rancang awal-awal. Saya sanggup beriadah diluar kalau melibatkan piknik, bbq, makan-makan…. eh ehh.

Tapi bila anak kecil dah mula kurang menyusu saya gabra juga. Berat dah mula konsisten naik. Konsisten ya, haha. Tak sanggup rasanya bawa badan yang berat dan cepat penat. Bila asyik penat mulalah stress. Sudah merasa. Tak mahuuuu… Jadi saya perlu berbuat sesuatu.

Buat masa ini, inilah yang saya buat;

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula.
  • Kurangkan beli makanan siap masak di luar.
  • Kawal porsi makanan. Payah ni, hahha.
  • Amalkan Sacha Inchi Oil untuk kawal selera makan.

Setakat ini berat sudah berhenti naik dan naik. Perlu lebihkan aktiviti fizikal untuk turunkan berat. Semoga berat  akan mula turun dan turun. Kalau boleh tak nak sampai kena pergi jogging dan pergi gym untuk turunkan berat badan, hahhaha.

Berbalik tentang cheat day tadi. Walaupun cheat day, porsi tetap perlu dikawal. Kalau tidak, maka sia-sialah aturan diet selama seminggu. Seperti saya contohnya, berat saya boleh naik mendadak bila berkumpul dengan keluarga di kampung. Sebab kami suka makan dan semua kakak saya masak sedap-sedap. Nafsu dok kata rugi tak makan puas-puas, huhu.


Mak kata elok makan makanan pahit :D.

Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini kami dah mula rancang menu setiap kali nak berkumpul. Selain mengelak pembaziran, bagus untuk kami-kami yang dah mula perlu kawal pemakanan. Maklumlah semua pun dah makin berusia, makan kena jaga lebih sikit.

Leave a Reply