Kombinasi tepung gram dan serbuk kunyit.

Tepung gram tu apa?
Tepung gram tu tepung dari kacang kuda (chickpea, garbanzo, chana). Biasa ada jual di bahagian tepung di pasaraya. Pek agak besar tapi jangan risau, kalau tak habis-habis boleh buat maruku.

Serbuk kunyit tu apa?
Manalah tau ada yang tak tau kan, huhu. Serbuk kunyit tu turmeric powder. Gitu… Ni kalau di Malaysia sampai tak jumpa serbuk kunyit, aneh sangat.

Walaupun sejak kecil saya ni brutal sikit tapi saya suka tepek-tepek masker, haha. Tapi masker guna tepung gram ni baru tau sejak beberapa menjak ni je. Nak cerita kombinasi tepung gram dan kunyit. Cerita yang saya pernah cuba dulu.

Paling asas. Saya suka gabungan 3 bahan ini sebabnya boleh tahan untuk beberapa hari jika disimpan di peti sejuk. Ada gabungan dengan bahan lain yang best juga tapi tak elok simpan. Kiranya buat kemudian digunakan, ada baki perlu buang.

  • 2 tbsp tepung gram
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 2-3 tbsp air

Kulit saya jenis kombinasi jadi guna air saja. Bagi anda yang kulit jenis kering elok juga gunakan susu dan/atau masukkan sedikit minyak seperti minyak zaitun.

Saya memang guna penyukat ‘tablespoon’ dan ‘teaspoon’ tapi kalau nak guna sudu makan biasa pun boleh, agak-agak. Masukkan tepung gram dan serbuk kunyit dulu dalam bekas yang sesuai. Kemudian baru masukkan air dan kacau. Jangan cair sangat atau terlalu berketul. Bawah ni ngam-ngam senang nak spread.

Dah dapat kepekatan yang disukai bolehlah sapu dan ratakan di muka. Jangan sapu di bahagian mata dan bibir ye.

CAK!

Kelakar tak? Ke seram? Wakakakak. Mood saya baik masa mengarang blog pos ni, maka saya letak muka saya sekali… muahahah. Jangan pandang lubang hidung tu lama-lama, nanti mimpi ngeri. I warned you ye, kuikui.

Apabila sudah kering bolehlah dicuci dengan air suam. Saya suka lap dengan tuala yang direndam dalam air suam dulu sampai hilang kesan masker kemudian cuci dengan pencuci muka dan bilas dengan air suhu bilik saja pun ok. Saya suka cara ni, singki tak terlalu bersepah dengan kesan warna kunyit :D.

Apa khasiat masker ni?
Ini bukan kenyataan dari pakar kulit ya. Tapi maklumat melalui pembacaan dan nasihat orang-orang yang mengamalkan.

Ada artikel yang mengatakan masker tepung gram dan kunyit ni bersifat anti penuaan.

Boleh juga diguna sebagai salah satu cara untuk mengurangkan bulu-bulu halus di wajah. Caranya biarkan masker di wajah selama 10-15 minit kemudian urut muka seperti kita pakai scrub.

Jujurnya saya pakai masker tepung gram dan kunyit ni sebab saya memang suka pakai masker dan kulit rasa selesa selepas masker dicuci. Lagi-lagi kalau sebelum tu kulit muka gatal. Lepas pakai masker ni rasa best je.

One Reply to “Kombinasi tepung gram dan serbuk kunyit.”

  1. […] Inchi Whitening Cream – Anti penuaan. Mencantikkan kulit boleh jadi krim siang dan malam. Menghilangkan parut dan pigmentasi. […]

Tinggalkan Balasan