Suami isteri perlulah saling bekerjasama untuk mengelak stress.

Ada terbaca tentang suami-suami perlu bantu isteri mereka yang ada tanda-tanda stress. Beri perhatian, sentuhan dan kasih sayang untuk mengelak stress. Betul tu.

Tapi kadang suami pun stress juga akibat kerja dan hal-hal lain. Macam mana pun sama-samalah ikhtiar. Mungkin cuba ubah rutin, pemakanan, bahagi tugas dirumah etc. Antara penyebab stress adalah badan yang keletihan dan tubuh kurang zat. Kadang kita tak perasan, cubalah ambil masa dan tengok balik apa yang kita makan.

Tak salah kalau cuba ambil suplemen juga, hehe. Saya mengaku saya selalu stress dan mudah naik marah sebelum ini. Kasihan Wafi selalu kena marah pasal hal yang pada dia tak salah pun. Yamin si kecik tu pun kadang kena marah, aduhai. Dah marah lepas tu sendiri menyesal. Maafkan Mama Wafi & Yamin, huhu. Mama sayang kau orang sebab tu Mama panik kalau kau orang buat aksi stunt terlebih atau tak nak makan atau main benda bukan-bukan… dan macam-macam lagilah.

Saya nekad untuk kawal temper saya.

Dah kurang marah-marah anak tapi jadi kerap sakit kepala pulakkk… aduhduhh. Baran tak lepas gitu, hahah.

Jadi bila abang saya bagi saya 2 botol Sacha Inchi Oil dan cerita tentang manfaatnya, saya dengar betul-betul. Sebab saya ni manusia skeptik, sebelum mula makan saya study dulu pasal Sacha Inchi, macam nak ambil exam, hihi. Kemudian saya cuba sajalah, mana tau kann. Untuk kebaikan famili dan saya sendiri.

Yaa… sekarang saya dah taulah. BEST. Banyak manfaat yang saya dapat. Tapi saya PALING SUKA sebab mood dan emosi saya lebih stabil, jarang sakit kepala yang dulu selalu kene tanpa sebab yang jelas.

Haa… kalau nak ekonomi sikit, ada satu suplemen yang saya rekomen utk masalah stress dan kepenatan. Vitamin B-Complex. Beli sebotol boleh tahan 4 bulan. Lepas bersalin saya memang ambil ni. Orang lelaki pun elok makan.

Dua-dua Sacha Inchi Oil dan B-Complex ni boleh dapatkan dari saya. 😋

Whatsapp saya di nombor 012-9341458.

One Reply to “Suami isteri perlulah saling bekerjasama untuk mengelak stress.”

  1. […] Mengekalkan kesihatan mental Asid amino tryptophan yang terkandung dalam sacha inchi meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang dikenal sebagai hormon penstabil mood. Ini amat membantu dalam mengekalkan kesihatan mental. […]

Tinggalkan Balasan