Berkawan dengan NutriFeron

Berkawan dengan NutriFeron Shaklee sejak beberapa hari lepas. Ia adalah sejenis suplemen penggalak daya tahan tubuh (immune booster). Moga Yamin pun dapat manfaatnya bila menyusu.

 

 

Masa saya order NutriFeron ni, Wafi baru baik demam dan Yamin sedang demam, saya pun dah mula macam nak selsema. Mana tidaknya, penat berjaga masa anak2 demam cycle yang sebelumnya masih terasa, anak2 dah demam balik. Keding sangat nampaknya budak dua orang tu.

Tak merungut, ni Allah nak bagi kami ingat nikmat bila sihat, hehe. Cuma saya fikir perlu cuba buat sesuatu supaya lain kali bila demam, batuk, dan selsema tidaklah teruk, terlalu lama, dan berturut-turut macam ni. Dan saya perlu cepat buat sesuatu sebab biasanya lepas anak-anak demam, giliran saya pula.

Dah lama saya nak cuba tapi sayang duit, haha. Tapi bila anak-anak selalu tak sihat, saya tak sayang duit dah.

Saya tulis blog ni pada hari ke-4 saya ambil NutriFeron. Demam Yamin dah kebah, hingus dah kering, batuk pun dah kurang. Saya? Alhamdulillah tak demam. Batuk-batuk sikit dan masih selsema. Tapi tak seteruk selalu, alhamdulillah.

NutriFeron bagus diambil sebelum atau peringkat awal nak demam/batuk/selsema. Ambil 1 paket sehari sampai sembuh. Untuk individu yang sihat, elok ambil seminggu sekali.

Klik link ini untuk maklumat lanjut tentang NutriFeron.

NutriFeron memang agak mahal but desperate times call for desperate measures. Mujur jadi ahli harga dia best, hehhe… jom join saya!

Nak beli saja pun boleh. Hubungi saya untuk dapatkan harga yang best.
Fhatiah, 012-9341458.

Tinggalkan Balasan