Sekali sekala kenakan anak, versi Pie Face

Best juga main pie face ni. Suspense. Dah lama cari. Di Toys R Us mahal sangat, nak beli online asyik tangguh-tangguh. Masa jalan-jalan di Aeon jumpa yang murah sikit di kiosk mainan. Beli sajalah.

Sampai rumah, siap mak mertua pun join main sekali. Mujur tak kena, hahha. Wafi suruh orang main tapi bila surah dia ambil turn dok mengelat tak mau. Kakak Najla datang baru dia nak main. Tapii… nangis, hahah.

Wafi jenis susah sikit nak terima kekalahan. Macam mana pun kena ajar juga dia rasa macam mana kalah. Penting untuk bagi dia belajar manage perasaan kalah tu dari kecil.

Lagi satu dia penggeli. Benda yang tak patut geli pun kadang dia geli. Jadi kita ajar sikit biar jangan penggeli sangat.

Nanti bawak balik Kota Setia pulak. Lagi ramai mangsa, heheheheh.

Leave a Reply