Sacha Inchi Seed Oil

Ini antara suplemen yang saya makan setiap hari. Sacha Inchi Seed Oil (SIO). Jatuh cinta pada SIO selepas beberapa hari mula makan. Kenapa selepas beberapa hari? Sebab mulanya saya saja cuba makan lepas banyak kali cuba diyakinkan oleh abang saya. Bila dah makan… haa baru tau memang best.

Ok… saya kongsikan sedikit tentang SIO.

Manfaat Sacha Inchi Oil.

Kandungan nutrisi sacha inchi serta manfaatnya.

Sacha inchi kaya dengan omega-3, omega-6, dan omega-9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus.

Antara manfaat pengambilan minyak sacha inchi secara teratur adalah:

Mengawal kolestrol
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).

Mengekalkan kesihatan mental
Asid amino tryptophan yang terkandung dalam sacha inchi meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang dikenal sebagai hormon penstabil mood. Ini amat membantu dalam mengekalkan kesihatan mental.

Meningkatkan fungsi otak
Lebih kurang 60% kandungan otak kita adalah lemak. Bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat dari sumber makanan seperti Sacha Inchi untuk membina membran sel otak dan menyuburkan sel-sel otak kita.

Pengambilan omega-3 dapat meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.

Mengawal berat badan
Tubuh manusia akan mengeluarkan hormon kortisol apabila mengalami tekanan untuk mengawal tekanan darah dan tahap insulin. Tetapi kortisol berlebih akan menyebabkan kita ingin makan secara berlebihan terutamanya makanan manis.

Omega-3 terbukti dapat mengawal kortisol. Maka selera kita juga lebih terkawal.

Mengekalkan kesihatan jantung
Aliran dan tekanan darah yang baik dan tahap kolesterol yang terkawal pastinya memberi kesan bagus kepada kesihatan jantung.

Mengelak diabetes
Omega-3 yang ada turut mengawal tahap glukosa, sekaligus boleh mengelakkan diabetes.

Meningkatkan kekuatan tulang
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.

Melancarkan kesihatan mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.

Mengurangkan sakit sendi
Kandungan nutrisi yang ada turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis. Bagi menambahkan lagi manfaat, anda boleh mencampurkan minyak sacha inchi dengan halia.

Mencantikkan kulit dan rambut
Omega3 dan vitamin E memainkan peranan penting untuk manfaat ini. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan keanjalan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.

Terdapat pelbagai lagi manfaat sacha inchi yang lain, namun manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas merupakan manfaat asas ‘super food’ tersebut. Secara keseluruhannya, sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti seseorang.

Boleh dapatkan Sacha Inchi Oil dari saya.

Fhatiah (012-9341458)

Leave a Reply