PRU14: Isi hati seorang rakyat biasa.

Hmm… sekali ini saja saya akan pos pasal politik sebelum PRU14 ini. Kenapa? Sebab selagi tak diluahkan saya rasa tak tenang, nak buat kerja pun rasa macam ada kabus-kabus dalam kepala.

Saya orang biasa. Jika anda orang biasa seperti saya, mari jemput baca.


Tun Mahathir sebagai calon PM?

Noooo… Jujur beliau antara manusia yang paling saya kagum. Tetap idola saya walau banyak orang benci beliau. Tetap idola saya walaupun bukan semua buah fikirannya saya setuju. Kenapa? Kerana bagi saya… beliau adalah seorang manusia biasa yang luarbiasa. Banyakkk orang benci beliau. Lucunya, sebahagian besar orang-orang yang benci beliau ini, yang mahu beliau mendapat hukuman di dunia dan akhirat nanti… sekarang rela beliau menjadi PM sekali lagi. Sedangkan saya dan sebahagian yang lain… yang sangat mengidolakan beliau, seboleh-bolehnya tak mau beliau menjadi PM sekali lagi. Masing-masing ada alasan sendiri.

Malaysia perlukan orang muda. Percayalah. Malaysia perlukan orang muda. Jujur, berbanding Tun calon PM Pakatan Harapan saya lebih rela Rafizi (tak boleh bertanding pulak kan) atau Nurul Izzah jadi calon PM. Lebih cantik kalau Tun M berada di barisan penasihat dan pemikir.

Pilih parti/gabungan yang ada potensi menang ke atas BN.

Boleh. Tapi tak kisah apa pun asasnya? Yakin?
Kiranya kalau penyangak pun dijadikan calon, pilih saja la? Ingat… masa BN masih berkualiti dulu apa katanya? Janji calon BN, pangkah je. Apa jadi sekarang? Majoriti yang naik makin elok atau makin tak elok?

Ikhtiar saya, saya cuba selidik tentang calon yang saya akan pilih. Zaman sekarang ni insyaallah sedikit sebanyak akan jumpa. Buka mata, buka telinga, buka hati. Saya akan pilih base on calon tak kisah apa partinya. Kalau kita tak pernah nampak muka calon sama ada secara fizikal atau di media… something wrong some where dengan calon tersebut. Calon yang dah menang sebelum ni tapi !&%$$#*&% (saya tak jumpa ayat elok), jangan pangkah dah, bagi peluang kat orang lain.

Lebih penting, kalau kita semua guna cara ini, diharap parti-parti politik kat Malaysia ni akan naikkan calon yang berkualiti di masa depan. Yang lebih penting kan masa hadapan? Mungkin ada yang kata dalam politik, naif cara begini. Tapi saya lebih rela naif kerana saya takut mana tau nanti ketika amalan saya ditimbang tara Allah tanya… kamu pilih si polan kerana apa? Baru terfikir dah meremang. Dan saya yakin, Allah hanya akan bantu kita kalau kita memilih secara adil.

Saya tak mahu mempengaruhi sesiapa. Saya cuma mahu kita semua berfikir. Tapi akhirnya terpulanglah kepada anda.

Tapi ingat, kita tak tau dunia ini titiknya bila. Serakahnya kita sekarang akibatnya nanti tempias ke anak cucu cicit kita.

-Fhatiah Sariaat-

Tinggalkan Balasan