Macam mana mahu menangani anak memilih makanan (picky eater).

Beruntung ibu bapa yang punya anak suka makan. Bagi sesetengah ibu bapa, menyediakan makanan untuk anak-anak adalah satu cabaran sebab… anak memilih makanan. Macam saya la tu… haha. Saya pasti tak keseorangan.

Di bawah ni cara yang biasanya disyorkan di web atau blog pemakanan.

  1. Jangan paksa anak makan ketika anak tidak lapar. Bila anak mahu makan, jangan paksa untuk habiskan jika dia cakap dah kenyang. Jika takut membazir, perhatikan berapa banyak makanan anak boleh habiskan.
  2. Jadikan rutin. Sediakan hidangan makanan dan snek pada masa yang sama setiap hari.
  3. Sabar semasa memperkenalkan makanan baru kepada anak. Biasanya mereka perlukan masa untuk menerima rasa, bau dan tekstur makanan yang baru.
  4. Jangan sediakan makanan lain sekiranya anak tidak mahu makan makanan yang kita sudah sediakan. Galakkan anak terus duduk bersama di meja walaupun tidak mahu makan.
  5. Jadikan masa makan sesuatu yang seronok. Contohnya sediakan makanan yang berwarna warni, buat potongan makanan dengan bentuk-bentuk yang menarik, sediakan sayur dan buah dengan pencicah, dll.
  6. Libatkan anak dalam pemilihan dan penyediaan makanan. Bawa anak semasa pergi ke kedai dan pasar. Minta tolong anak semasa pilih buah, sayur, dan makanan sihat yang lain. Semasa sediakan makanan, libatkan anak-anak sekali untuk bantu.
  7. Jadikan diri kita contoh yang baik. Makanlah makanan yang sihat kerana anak-anak akan meniru ibubapanya.
  8. Jadi kreatif. Campurkan makanan sihat ke dalam makanan kesukaan anak.
  9. Kurangkan gangguan ketika makan. Tutup tv, gajet letak tepi.
  10. Jangan gunakan pencuci mulut sebagai ganjaran. Anak akan menganggap pencuci mulut sebagai makanan yang terbaik.

Dah cuba semua di atas tapi masih tak berjaya? Ya… macam saya la tu, hahah.

Bagi Wafi makanan pada mata dia mestilah berwarna putih atau coklat terang atau coklat gelap. Itu tona warna makanan dia. Kalau ada warna lain dalam makanan dia walau sikitt memang menangis nak suruh telan. Yamin pun sama cuma ada sikit tambahan warna, merah (tembikai) dan oren (air oren). Buat masa ini itu saja warna makanan anak-anak saya.

Saya percaya akan datang anak-anak ni akan makan juga sayur, buah semua tu. Saya pun masa kecil banyak benda tak makan. Sekarang… hahaha. Asal halal… masukkk.

Tapi sementara nak tunggu diorang ni nak makan makanan-makanan yang banyak nutrisi ni, saya perlu berbuat sesuatu. Sebab bila tak cukup nutrisi, mudah jatuh sakit. Terus usaha ajar mereka makan makanan sihat dan seimbang dalam masa yang sama saya perlu backup plan.

Cita-cita setiap ibu biasanya mesti nak anak makan dari sumber semulajadi kalau boleh dipetik dari kebun terus ke pinggan gitu. Nak yang segar-segar dan penuh khasiat. Tak apa tuan puan… yang penting nak cukupkan nutrisi dulu kan?

Saya dapatkan bantuan dari Shaklee. Sumber semulajadi, jadi tak risau.

Meal Shake.

 

mealshake untuk nutrisi kanak-kanak

 

“Sumber makanan serat dan protein yang sangat baik. Protein membantu dalam membina dan memperbaiki tisu-tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan tubuh badan, menyediakan asid amino yang diperlukan untuk sintesis protein.

Kaya dengan Kalsium dan Zink. Kalsium membantu dalam pembangunan tulang dan gigi yang kuat. Zink adalah penting untuk pertumbuhan.”

fakta nutrisi mealshake shaklee

Alhamdulillah kurang sikit rasa bimbang. Sejak bagi anak Meal Shake Shaklee, walaupun anak-anak masih memilih makanan tapi selera makan semakin baik. Mama tak stress la bila time makan.. haaa penting tu.

Wafi dan Yamin masih minum susu, jadi saya campurkan mealshake dalam susu mereka. Tapi sebenarnya banyak cara lain untuk hidangkan mealshake. Boleh campurkan meal shake dalam puding, aiskrim, muffin, cake, jelly dan creamy sup.

Ok tuan puan… jangan risau lagi pasal nutrisi anak ya. Kita tetap perlu ajar anak-anak makan makanan sihat yang segar. Sebagai tambahan, kita bantu anak dengan berikan mereka meal shake Shaklee. Jom!

Klik sini untuk order: http://fhatiah.wasap.my

012-9341458 (Fhatiah)

Tinggalkan Balasan