ASTI Futsal & Netball 2018

Apa dia ASTI ni? ASTI adalah persatuan alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Kejadian ni pada 31 Mac 2018 sebenarnya. Kejadiannya berlaku di Uptown Sport, Bangi. Gambar-gambar dah lama upload di Flickr, tapi blognya baru nak up, :D.

Atas sebab tertentu buat masa ni saya amat memilih kalau nak ambil job foto. Terus terang saya ambil job ni sebab penganjurnya kawan-kawan saya. Kalau tidak seram juga nak cover foto sorang-sorang. Kiranya kami semua ni alumni SEMESTI lah. Saya batch 12. Tahun ni giliran batch saya jadi penganjur. Berurusan dengan familiar faces dan cover event alumni sekolah sendiri… best dan pada masa yang sama risau juga kalau tak menepati kehendak, haha.

Tahun-tahun sebelum kalau tak silap untuk futsal saja. Tahun ni ada netball sekali. Tentu pening juga penganjur nak uruskan, tapi alhamdulillah di mata saya semuanya berjalan lancar. Tahniah sahabat-sahabatku! 😀

Ini pertama kali saya ikut serta aktiviti alumni SEMESTI, itupun sebagai fotografer saja. Jadi saya memang tak dapat gambarkan suasana dan crowdnya bagaimana. Aci redah saja.

Macam biasa untuk siapkan diri sendiri saya sampai awal. Datang happy-happy… ye yeyy huha huha dengan kawan-kawan satu batch yang sampai awal juga. Makan nasi lemak dengan gembira… ingatkan tak ramai sangat orang.

IMG_1524

IMG_1530

Lepas tu makin lama makin ramai yang datang. Iyalah yang datang bukan yang nak bersukan saja, bawak famili sekali. Haaaa… gabra-gabra, boleh ke cover ni? Tenanggg… tenanggg

IMG_8299

IMG_8467

IMG_8480

Alhamdulillah dapat cover semampunya. Tawaf sport centre tu entah berapa banyak kali dengan 2 kamera dan lens. Anak saudara pun datang, dia pun alumni. Tapi mana boleh tolong, dia main netball, hahah. Masa buat kerja tak rasa sangat sakit badan. Sampai rumah satu badan sakit, haha. Tapi puas hati. Dapat ambil gambar, dapat jumpa kawan-kawan lama.

Gambar aksi-aksi silalah kunjung ke album di FLICKR. Lebih 200 keping juga yang saya upload, haha, Banyak ke banyak? 😀

Leave a Reply