Berendam di Kalumpang Resort and Training Centre (KRTC)

Haaa… Ini kali kedua saya pergi ke Kalumpang Resort and Training Centre (KRTC). Nama sungainya, Sungai Inki. Dah ada nombor Cik Azi, kali ni terus tanya wakaf yang saya nak masih available atau tidak. Alhamdulillah masih kosong untuk tarikh yang saya mahukan.

KRTC ni bagus, kawasannya boleh dikatakan bersih dan banyak kemudahan. Urusan pun mudah. Berbaloi dengan bayaran masuknya. Kalau tak tau jalan, cuba waze saja :D.

Saya pilih wakaf dan port yang sama jadi background gambar lebih kurang dengan post yang sebelum ni.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Anan siap pakai baju yang sama, hihih.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Kali ni Yamin tak takut langsung masuk dalam sungai. Dapat pulak pelampung, memang syok habis. Yamin & Wafi prefer join ayah dan abang-abang berkubang sebab kalau dengan Mama banyak larangannya, hahah.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Yamin & Wafi panggil pelampung, ‘Big Donut’. Kalau Yamin bagi ‘jempol’ tu maksudnya memang dia suka lah tu.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Abid takut air… sejuk!

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Gambar makanan tak ada. Tapi sebenarnya macam-macam ada. Dok ingat nak makan dan nak berendam saja, tak heran nak ambil gambar dah… haha. Macam sebelum ni, kami bawak makanan yang nak dimasak dan sudah dimasak saja. Tong bbq sewa di KRTC saja, lebih mudah.

Ahli-ahli yang terlibat kali ini selain yours truly.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Leave a Reply