Batuk dan selsema tapi tak suka makan ubat?

Selepas ayah mertua saya meninggal dunia awal Januari lepas anak-anak saya bergilir-gilir demam. Rindu arwah Atok agaknya. Kalau setakat 2-3 round biasanya tak menggangu kesihatan saya. Kali ni lebih. Mak-mak ni biasalah… bila anak tak sihat kita pun tidur tak lena. Memang akan terjaga-jaga nak periksa suhu dan pernafasan anak. Automatik akan terbangun banyak kali. Rehat tak cukup, tidur tak cukup… makanya saya pun dapat batuk dan selsema sikit.

Saya kurang suka telan ubat batuk sebab biasanya akan jadi mengantuk… bagilah ubat apa pun. Kalau dah tidur pasal ubat batuk ni memang payah nak bangun. Lagi bila anak-anak tak sihat… susah juga kalau macam tu.

Kemudian saya teringat ada kawan beritahu bila batuk dia makan OmegaGuard Shaklee. Kebetulan di rumah memang ada stok OmegaGuard. Biasa tiap hari saya ambil suplemen omega-3 dari tumbuhan, sebab batuk ni cubalah suplemen omega-3 dari sumber ikan. Dua-dua jenis sumber omega-3 ni bagus. Omega-3 dari tumbuhan dalam bentuk ALA. Omega-3 dari ikan dah siap dalam bentuk EPA dan DHA.

Saya tambah juga dos vitamin C. Biasanya saya ambil sebiji SR Vita-C Plus setiap hari, jadi saya ambil 2 biji. 1 siang, 1 malam.

Menjadi ke tidak?

Menjadilahhh!

Alhamdulillah batuk semakin reda. Kombinasi 2 suplemen ni bagus untuk kuatkan imun badan kita. Biasa kalau dah start batuk dan selsema tu… mesti pakej sakit kepala selama beberapa hari dan berkahak 2-3 minggu paling kurang dan seterusnya terkohok-kohok selama beberapa minggu lagi, haha. Alhamdulillah kali ni lepas seminggu dengan rutin OmegaGuard dan SR Vita-C, cuma tinggal batuk-batuk kecil yang sopan.

Macam biasa… kalau mahukan solusi yang sama, jangan malu jangan segan. Boleh hubungi saya.

Order & konsultasi boleh hubungi saya;
www.wasap.my/60129341458

Leave a Reply