Hanya kerana jual suplemen…

Ini gambar cover photo di akaun Facebook saya. Setengah orang menghindar dari saya sebab gambar ni. Bukan pasal anak2 tu… tapi pasal ayat/frasa kat tengah tu. Kerana suplemen.

Sebenarnya saya tidaklah terlalu aktif menjual, hanya kepada yang memang mencari. Cuma saudara mara, kawan-kawan, dan orang-orang yang kebetulan jumpa blog atau akaun media sosial saya. Tak berapa pandai menjual pun. Saya lebih utamakan untuk cari ilmu tentang barang-barang yang saya jual dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Dua brand ni saya guna, saya tau ia bagus, dan tak ada jual di shelf, perlu beli melalui dealer. Sebab itu saya jual. Kalau satu hari ada bukti mengatakan barang yang saya jual merbahaya, tentu saya berhenti.

Walaupun berjual sambilan saja sengaja saya biarkan frasa tersebut kekal di situ. Sejak beritahu umum saya jual barang, boleh nampak mana saudara dan kawan yang terima siapa saya seadanya. Sedangkan saya cuma kongsi hal yang fun-fun saja di FB. Gambar masakan saya, kisah lucu anak-anak dan kucing… yang begitu-begitulah. Mungkin ini pun buat setengah orang rimas, hahah… itu tak boleh buat apalah, minta maaf ya.

Saya tau ada yang unfollow dan unfriend akaun FB saya pasal saya jual product. Yang menyindir secara life pun ada padahal saya cuma cerita pasal suplemen (dan skincare) di media sosial dan blog dengan kadar yang sangat jarang, cukup untuk umum tau yang saya ada menjual. Selain tu bila ada orang tanya baru saya buka cerita. Desak orang untuk beli memang bukan cara saya sebab suplemen ni bukan benda main-main. Jika nak amalkan perlu dengan ilmu, bukan secara membabi buta.

Entah kenapa bila orang tau saya jual produk setengahnya menganggap macam saya ni spesis lain. Seolah sejenis manusia yang hanya makan pil dan kapsul untuk hidup. Hei… saya orang Jawa lah… wajib makan nasi, tempe, sayur mayur, dan pasta. Saya juga sentiasa cuba disiplinkan diri untuk amalkan gaya hidup sihat. Ya mungkin tak sempat nak jogging atau hadir ke gym… tapi buat kerja rumah dan urus anak pun dah macam bersenam dibuatnya.

Paling aneh bila ada setengah golongan yang beranggapan asal saja jual produk terutama suplemen, apa saja buah fikiran kami tak valid. Dianggap setiap butir yang kami katakan motifnya untuk jual produk, walaupun tidak berkaitan sama sekali. Apalagi kalau isinya bercanggah dengan idealisme mereka. Baru-baru ni siap kena block dengan public figure yang agak terkenal di FB, seorang doktor. Sedangkan masa tu saya berbalas komen dengan doktor lain pasal perkara yang tak berkaitan dengan suplemen, no heated argument pun just nak clarify something. Saya nak rujuk semula jawapan doktor-doktor tu tapi cari semula di notification tak jumpa. Rupanya beliau block akaun saya. Itu page doktor lain tapi silapnya kami berbalas komen di bahagian reply komen beliau… my bad, hehe. Walaupun dah kena block tapi ada cara untuk baca komen beliau di situ selepas komen-komen kami yang lain (saya tak ada fake account ya, hahaha). Ya beliau memang block saya sebab saya jual produk suplemen.

Saya tak berkecil hati pun sebab saya memang tak follow beliau. Tapi rasa… eh apa ni, kelakar pula. I’m neither threat nor enemy, just someone who love knowledge, love to read and write… come on lah. Memang saya tidaklah bijak sangat, belajar pun setakat ijazah sarjana muda saja tapi rasanya tidaklah terlalu bodoh (eh bodoh pun kalau beradab bagus tau). Patutlah ada setengah page dan akaun di FB komen semua yang sokong-sokong saja, yang murni-murni saja. Rupanya asal pendapat lain sikit kena block. Pandai eh… heheh.

Aduhai… Hidup ni bukan setakat nak berasa sentiasa betul. Contohnya kita semua iktiar untuk sihat, tapi tak ada satu cara yang paling tepat sesuai untuk semua. Kenapa? Sebab sihat tu rezeki. Jangan sebab cara dia pilih tak sama dengan yang kita percaya maka kita katakan dia bodoh dan bebal. Berbaiklah sesama makhluk. Jaga hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia adalah tuntutan agama. Dah tulis gini jangan pula ada yang kata saya tunggang agama sebab nak jual barang. Saya tulis begini sebab saya seorang Islam.

Berkawanlah dengan orang yang baik… betul.

Orang yang baik adalah yang sentiasa sependapat dengan kita… salah.

Leave a Reply