Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Kerja dari rumah, work from home.

Dah ada yang stress ya ‘work from home’. Normal. Lagi-lagi yang ada anak kecil tu. Normal rasa stress. Sangat normal tambahan pula ini bukan pilihan anda. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni, ramai antara kita tak ada pilihan lain selain kerja dari rumah.

*** Dah siap taip rasa macam panjangnye mak oii… kalau sudi silalah baca, mihihi.

Tarik nafas dalam-dalam… tahan… hembus… ulang beberapa kali.

Saya tak mau cerita kisah-kisah kerja dari rumah yang saya lalui sepanjang jadi freelance/self-employed dari bujang sampai dah ada suami kemudian ada anak 1… kemudian 2… kemudian 3. Dari tahun 2008. Buat semak kepala orang lain je. Saya cuba kongsi macam mana nak kurangkan stress.

Ini cara kurangkan stress tau… bukan cara nak nampak profesional walau kerja dari rumah. Konsepnya di sini janji matlamat tercapai. Apa matlamatnya? Kerja siap dan kita tak jadi gila, tetap waras mental dan fizikal.

Perkara 1

Anak-anak saya yang kecil suka sangat masa saya tengah berbincang di telefon atau whatsapp… itu jam dia nak pergi toilet, itu jam berak sampai bocor diaper. Layankan ajelah. Tak ada pilihan, minta undur diri sekejap nanti sambung balik bincang.

Kalau majikan anda jenis suka video conference… tak payah susah-susah cari tempat yang bebas dari gangguan anak-anak.Janji tempat kemas sudah. Anak kecil tak boleh hantar ke baby sitter… apalah yang kau harapkan? Biarkan anak nak enter frame pun. Janji dia elok berpakaian.

Kalau anak dok usik-usik keyboard… peluk dia, jentik ke jari tu… cubit manja ke. Nanti lama-lama dia faham la. Takpun sergah sikit biar bos paham sekali jangan nak berconference lama-lama kalau tak ada perkara penting. Gituuu…

Perkara 2

Suami isteri mesti bermasam muka bertikam lidah punya. Lagi-lagi bila dua-dua kena kerja dari rumah. Silakan bergaduh… cuma ingat jangan simpan lama-lama dalam hati. Di rumah saya ni biasa la dialog-dialog… awak la pulak cuci berak anak, eh ingat awak je ada kerja kena hantar… saya pun ade kerja kena hantar. Dan macam-macam lagi. Tapi habis di situ sajalah… kalau rasa macam terlebih nanti cepat-cepat minta maaf, jangan ego.

Aaa… kerja rumah buat sama-sama. Kalau sama-sama tak buat sebab sibuk… diam-diam situ, jangan dah awak sendiri tak mau basuh pinggan bebel pulak sinki penuh. Gituuu…

Perkara 3

Sesibuk mana pun… rumah jangan macam tongkang pecah. Tak apa biarkan anak-anak sepah masa bermain, latih mata kita tahan tengok sepah-sepah sikit. Tapi pastikan sepah pun tahap manusia biasa la supaya kita tak rasa putus asa nak kemas. Anak yang dah setahun setengah dan lebih dah boleh ajak kemas sama-sama. Masukkan je dalam kotak, tak ada kotak… plastik sampah pun boleh. Sampah dan habuk di lantai… saya selalu rasa sakit hati dengan habuk kalau bersihkan lantai guna penyapu, jadi saya guna vacum. Seduttt… puas hati aku, haa. Gituuu…

Perkara 4

Masa makan. Kalau boleh usahakan untuk semua di rumah makan bersama-sama, senang nak bajet berapa banyak nak masak dan senang kemas. Masa PKP ni tak payah nak berhidang-hidang sangat, siap-siap letak nasi dan lauk dalam pinggan macam kat kedai pun tak apa. Masak pun yang ringkas saja janji kenyang dan berkhasiat.

Jaga juga pengambilan gula anak-anak supaya anak tak hyper dan boleh bawa bincang. Kurangkan makanan dan minuman manis-manis… yang rapu-rapu. Snek jajan-jajan sehari atau dua hari sekali boleh la. Jimat pun jimat. Gituuu…

Perkara 5

Anak kecil yang high demand. Hmm… satu pesanan Mak yang saya pegang ketat-ketat. Anak kecil hanya akan bertenang jika ibunya/penjaganya bertenang. Jadi mak ayah sekalian… berusahalah untuk bertenang. Yaa… nak bertenang pun perlu usaha.

Bila anak kecil meragam, kita jangan anggap dia beban. Bila kita anggap dia beban atau sejenis halangan.. kita akan stress. Bila kita stress… anak akan selalu meragam. Maka situasi begitu pusing-pusing… pusing-pusing teruss.

Ada kawan-kawan yang tanya, macam mana saya boleh tahan bekerja dirumah dengan anak-anak? Ok sebenarnya kadang-kadang haru-biru juga walau dah bertahun macam ni.

Kalau anak kita jenis yang melekat kat kita nak dilayan saja, bolehlah cuba apa yang saya buat ni. Anak saya 3 orang semua macam ni. Yang pertama (7 tahun) dan kedua (3 tahun 10 bulan) dah oklah sekarang, dah besar.

Ini saya ceritakan situasi saya.

Bab mandikan anak. Kalau tak kemana-mana (PKP tentulah tak kemana) dan anak-anak tak mahu mandi pagi… biarkan. Saya tak mahu stresskan diri. Tapi kalau seharian tak mau mandi boleh la piat telinga barang satu dua das. Kira bab mandi tak berbaloi nak menyinga 2 kali sehari… sekali cukup, in my case biasanya tak perlu pun. Untuk bayi saya (hampir 5 bulan), biasa mandi pagi sungguh-sungguh… mandi petang sekadar untuk kawal suhu badan dan bagi dia selesa nak tidur malam. Bayi saya selepas pantang tak ada rutin khas yang mesti sapu minyak ke, urut-urut ke… tak ada. Buat bila saya rasa perlu saja. Lepas mandi… lap-lap, korek-korek apa yang patut… pakaikan lampin dan pakaian, siap. Pantas.

Saya setup workstation ditempat yang anak-anak rasa selesa untuk datang dan pergi. Anak yang dah besar tu pun suka kejap-kejap datang nak sembanglah, ada soalanlah, minta buka paket biskutlah… macam-macam lagi. Kalau masa sibuk yakmat mana persembangan dan persoalan yang tak urgent tu saya arahkan tangguh la. Tapi biskut tu terus la buka nanti kebulur pulak anak aku.

Anak yang masih bayi (Amal) saya letak dekat dengan saya (atau suami, tukar-tukar). Sekali sekala saya akan pandang dan panggil namanya dan bercakap-cakap dengan dia, “Amal… sayang Mama ok? Amal tengok apa tu?”. Cakaplah apa-apa saja. Tujuannya nak dia tahu yang saya ada bersama dan beri perhatian kepada dia. Usik-usik dia sikit, pegang tangan dan kaki dia. Nanti bila dia dah pandai pegang mainan boleh letak mainan kat dia.

Lebih kurang tiap 30-40 minit memang saya kena bangun (ada masalah sakit belakang). Jadi lepas lurus-luruskan badan saya layan Amal, bagi dia susu ke apa… kemudian sambung balik kerja.

Lagi satu bila anak dah mula gelisah bunyi-bunyi, jangan biar sampai dia meraung baru kita respon. Bayi ni cerdik, next time dia terus ke mode meraung untuk dapat perhatian segera. Dengar je dia bunyi-bunyi terus respon dengan bertenang, “Ye Amal… tunggu Amal, kejap Amal.” Dan jangan terkocoh-kocoh terus dapatkan dia pulak. Bagi dia belajar bersabar. Kemudian baru kita ambil dan peluk-peluk dia. Sibuk macam mana pun layan kejap. Main geletek-geletek 2-3 minit pun jadilah. Biasa kalau ada kerja urgent kena submit saya riba je, diam la dia. Kalau anak usik keyboard, pok manja sikit tangan dia tu dan cakap… jangann. 8-10 kali kena nanti faham la dia. Gituuu…

Sekali lagi saya ulang. Ini bukan cara untuk nampak profesional walau kerja dari rumah. Ini cuma cara untuk survive kerja di rumah dengan anak-anak semua kita asuh sendiri. Janji siap kerja dan kesihatan mental dan fizikal kita terjaga.

Gambar Amal di bawah ni lokasinya 1.5 depa dari meja kerja saya. Yamin pula suka main camping-camping bawah meja.

cute baby sleeping

Leave a Reply