Churros kesukaan anak-anak.

Churro (buat banyak-banyak jadilah churros) ni makanan snek.  Bukan kuih/snek asli Malaysia, tapi sekarang banyak orang Malaysia pun suka makan juga. Mudah disediakan dan sedap. Sesuai dimakan semasa sarapan dan kudapan minum petang.

churros-kesukaan-anak

Ada macam-macam resepi churros. Resepi yang saya tulis ni lebih mirip resepi Mexican tapi setelah buat banyak kali saya dapat adunan yang keluarga saya suka. Rangup di luar dan lembut di dalam. Sedap dimakan panas dan hangat. Tapi kalau dah sejuk jangan risau, boleh panaskan semula di oven (yang tidak disalut gula).

Churros

Bahan-bahan:

1 cup air
2 tbsp gula
½ tsp garam
2 tbsp mentega*
1 tbsp margerin*
1 1/2 cup tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 tsp vanilla

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

½ cup gula caster
1 tsp serbuk kayu manis

*Boleh guna semua mentega atau semua margerin. Saya campur sebab bau dan rasa mentega sedap, margerin buat churros lebih rangup.

Cara-cara:

  1. Campurkan gula caster dan serbuk kayu manis ke dalam bekas. Letak tepi.
  2. Masukkan air, gula, garam, mentega dan margerin ke dalam periuk yang sesuai. Didihkan.
  3. Bila air sudah mendidih, padamkan api dan masukkan tepung. Kacau hingga menjadi doh. Lebih mudah jika menggunakan spatula kayu. Buat ini semua dengan periuk masih diatas tungku dapur. Kita perlukan baki haba dari api tungku dapur tadi.
  4. Angkat periuk dari tungku. Alihkan doh ke dalam mangkuk yang sesuai. Sejukkan doh hingga terasa hangat di jari. Seeloknya tutup mangkuk dengan plastic wrap atau tuala dapur yang bersih untuk elakkan doh menjadi kering.
  5. Bila suhu doh sesuai, masukkan telur dan vanilla. Kacau doh sampai sebati, lembut, dan licin.
  6. Tutup doh dan rehatkan sebentar. Sementara tu panaskan minyak masak secukupnya. Untuk dapatkan churros yang cantik dan rangup, tak boleh jimat minyak :D. Api medium.
  7. Untuk menggoreng… boleh saja kita buat bentuk seperti jemput-jemput. Tapi untuk lebih cantik dan rangup, gunalah piping bag dengan acuan mata semperit yang saiz besar.
  8. Masukkan doh ke dalam piping bag. Boleh paipkan doh keatas tray dahulu kemudian masukkan ke dalam kuali atau terus paipkan ke kuali, potong guna gunting. Saya selalu terus paip ke kuali sebab nak cepat, putuskan doh guna jari saja. Kepanjangan ikut suka. Saya suka panjangnya kurang sedikit dari sejengkal.
  9. Goreng churros hingga warna keemasan. Jangan ditinggal nanti anda menyesal :D. perlu selalu dibalik-balikkan untuk hasil yang nampak menyelerakan.
  10. Angkat churros yang dah masak, letak bekas yang dilapik paper towel untuk serap lebihan minyak.
  11. Kemudian golekkan churros atas campuran gula kayu manis. Seeloknya nipis saja gula yang melekat. Terlalu tebal tak sedap dan tak bagus untuk kesihatan :D.
  12. Susun comel-comel atas pinggan. Makan.

Leave a Reply