Perihal

Panggil saya Fhatiah.

Orang Melayu Malaysia berketurunan Jawa. Boleh berbahasa Melayu, English, dan Jawa kasar. Sedang usaha belajar berbahasa Cina diwaktu senggang. Minat banyak perkara tapi buat masa ini fokus kepada hal berkaitan kanak-kanak. Maklum anak masih kecil.

Seorang surirumah yang bekerja sambilan di rumah dan di mana-mana saja. Zaman komunikasi di hujung jari katakan. Saya mengambil upah membuat aturcara untuk e-learning dan sekali-sekala mengambil upah untuk mengambil gambar di majlis-majlis kecil.

Saya boleh duduk diam tapi minda saya tak mahu diam. Jadi… blog ini salah satu tempat untuk saya bicara tentang perkara-perkara yang saya fikir bermanfaat atau sekadar menghibur. Juga tempat untuk saya kongsikan aktiviti saya dan keluarga. yang boleh dikongsi sajalah… :D.