Teluk Cempedak 2017

Sambil menyelam minum air.

Alang-alang dah dekat, kami sempat-sempatkan juga untuk jejak ke Pantai Teluk Cempedak. Luasss pantai dia. Tapi ombak agak kuat, musim tengkujuh.

Kami plan tak mandi di pantai, nak celup-celup kaki saja. Walaubagaimanapunn… Wafi berjaya buat trick untuk dapat basahkan satu badan. Buat-buat jatuh. Budak yang dulu punyalah penakut nak pijak air yang berpasir, sekarang pantang jumpa pantai atau sungai.

Saya suka pantai. Tapi tak suka mandi di pantai. Pertamanya sebab pantai biasanya banyak orang, maka saya malu. Kemudian lepas mandi pantai mesti badan rasa melekit, tak suka.

Mee Tarik Warisan, McD, Starbuck, A&W, dan Subway. Ini antara restoran yang ada di Pantai Teluk Cempedak. Haaa… macam-macam lagi ada. Tak sempat pusing-pusing. Jadi jangan risau kelaparan ya. Syaratnya bawa duitlah, haha.

Kemudahan asas seperti bilik mandi dan tandas mestilah ada. Boleh tahan bersih. Surau pun ada tapi kami tak masuk, tak sampai waktu solat. Oh ya kawasan parking tidaklah terlalu jauh dari kawasan riadah.

Sedikit gambar yang saya sempat snap di Pantai Teluk Cempedak. Ada lagi DI SINI.

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Best juga kumpul umang-umang. Comel.

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Nasi Kukus My Mama

Sedap. 😀

Pergi restoran ni secara tak sengaja sebenarnya. Pergi rumah abang di Kuantan. Sebelum sampai ke rumah tu ronda-ronda cari makan. Kelaparan. Takkan sampai-sampai rumah orang mintak nasi pula kan… haha.

Masa ronda-ronda tu nampak papan iklan ‘Nasi Kukus My Mama’ kemahin besor. Berpandukan google dan waze dapatlah cari restorannya. Tak ada expectation apa-apa pun. Cari restoran tu sebab nak makan nasi.

Kami pergi yang cawangan Air Putih. Tekujut juga bila sampai. Eh… ingatkan kedai makan hidang-hidang, hahha. Ala-ala fastfood rupanya.

Bau ayam goreng dia pun dah sedap. Makan lagi la sedap, hahah. Ada lauk lain lagi, pun sedap.

Kalau jumpa restoran ni di mana-mana boleh lah cuba. Ni websitenya kalau nak tau lebih lanjut, http://nasikukusmymama.com/.

Piknik di Lumut Waterfront, Marina Wing.

Sesiapa yang mencari tempat untuk berpiknik di Lumut bolehlah cuba di Lumut Waterfront, Marina Wing. Terletak di Jalan Titi Panjang. Ada kemudahan asas, tapi ada sekali saya pergi kakak kata tandasnya rosak.

Selain piknik dan bersiar-siar boleh juga melawat Muzium KD Rahmat yang ada di kawasan ni. Saya tak pernah masuk, hehe.

Apa yang best piknik di sini?

Baru 2 kali kami berpiknik di Lumut Waterfront ni. Saya suka sebab boleh makan bersila tepi laut tanpa diganggu pasir berterbangan. Tempat yang kami pilih diapit oleh 2 playground. Sesuai kalau bawa budak-budak. Iyalah.. budak-budak bukannya boleh duduk diam. Kalau disuruh makan dan tengok laut saja tentu mereka bosan.

Oh ya… kalau nak memancing pun boleh. Ada kawasan yang sesuai untuk memancing. Senang dapat ikan atau tidak, itu kurang pasti. Yang pastinya kami tak dapat, hihi.

Di bawah ni sikit gambar yang saya sempat snap.

 

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Bukan main gembira dapat main gelongsor mini.

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Tuu dia Muzium KD Rahmat di belakang tu.

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Picnic at Lumut Waterfront, Marina Wing

Bolehlah solat dimana-mana, janji bersih.

Kalau nak tengok gambar yang lain boleh KLIK SINI.

Piknik dan bbq di Kalumpang Resort and Training Centre

Sebelum ni ada sebut-sebut nak piknik di area Kalumpang. Tilik punya tilik kami pilih 18 November 2017.

Ok… Sebenarnya hampir tak jadi plan kami ke Kalumpang Resort and Training Centre (KRTC) ni. Sebabnya peralihan monsun jadinya cuaca sedikit haru biru lah kan di negeri-negeri belah barat ni. Tapi dah berjanji dengan anak nak ke sungai. Saya siap buat backup plan bawa Wafi tengok anak sungai yang tak boleh buat mandi je, haha.  Apapun saya hubungi dulu KRTC untuk tanya keadaan macam mana dan dapatkan beberapa maklumat lain. Contact person beritahu biasanya air deras sikit kalau lepas hujan. Masih ok untuk mandi manda, ikut keselesaan masing-masing. Saya diberi nombor yang boleh dihubungi guna whatsapp.

Beberapa minggu sebelum hari yang di plan untuk pergi, saya dah mula check ramalan cuaca untuk Kalumpang. Selang beberapa hari check, haha. Kemudian dapat sebaran maklumat Monsun Timur Laut dijangka bermula pada 13 November 2017. Ramalan cuaca Kalumpang untuk 18 November pun nampaknya makin elok.

Jadi saya pun buat booking untuk wakaf dan tong bbq di KRTC. Saya minta mereka cadangkan wakaf yang dekat dengan sungai supaya mudah nak monitor anak kecil mandi. Saya suka Wakaf Batu ni.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Dan memang dekat amat dengan sungai. Ada bahagian yang sesuai untuk anak kecil main air.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Yamin pun boleh lepak-lepak sambil tengok orang, hehhe.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Di KRTC ni tak dibenarkan bawa dapur (portable etc). Bbq boleh. Tapi barang kami still stok masak-masak. Atas bara bbq pun jadi, hehe.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Sungainya ada bahagian yang air deras, ada yang tak. Ada yang dalam, ada yang cetek.

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Piknik @ Kalumpang Resort and Training Centre

Info lanjut boleh terus tengok di website KRTC.

Silakan view gambar lain yang kami sempat snap di SINI.