Recent Entries
Hari Ibu
May 12, 2012 bebelanLuarBiasa 2 Comments
Musim-musim sekarang ni aku rasa banyak orang akan bercanggah pendapat dengan aku berkenaan apa yang aku nak tulis ni.
Sambutan Hari Ibu adalah HARAM. Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah/tazkirah beliau (aku tengok kat youtube je) dan di Facebook jatuhkan hukum haram untuk sambutan Hari Ibu sebab asalnya ia disambut untuk merayakan Mother of Church. Banyak juga blog yang menyatakan ianya haram disambut sebab berasal dari sambutan Greek kuno yang merayakan Cybele iaitu ibu kepada segala dewa-dewa Greek. In fact banyak lagi ajaran/agama kuno dan mainstream yang buat sambutan untuk ibu kepada dewa-dewa mereka.
Tapi Mother’s Day yang kita sambut di Malaysia pada hari Ahad ke-2 bulan Mei berasal dari Mother’s Day yang diperkenalkan oleh Anna M. Jarvis yang sangat kasihkan ibunya. Ironinya beliau tak berpeluang menjadi ibu, mungkin kerana terlalu dedikasi sebagai aktivis. Beliau seorang Kristian maka tentu saja banyak usaha beliau untuk mengetengahkan Mother’s Day melibatkan gereja. Menurut kisah, semasa hayat si ibu… beliau sering menyatakan kerisauan tentang anak2 muda (barat) yang semakin tidak mengendahkan ibubapa.
Bukankah sesuatu yang membawa kebaikan itu tidak salah kita turut serta tak kira siapa yang menganjurkannya, selagi tak bercanggah dengan Islam?
Ada pendapat yang mengatakan haram dan ada juga yang mengatakan tidak haram dan harus. Dan yang beri pendapat semuanya bukanlah calang-calang orang.
Aku, mana satu nak ikut?
Aku cenderung untuk ambil pendapat TIDAK HARAM dan tidak juga mewajibkan orang lain dan diri sendiri untuk menyambutnya. Aku bukan memandai-mandai, tapi memang ada ilmuan Islam yang menerima idea Mother’s Day ini. Tapi pastilah dengan peringatan-peringatan tertentu.
Yang penting bukanlah sambutan Hari Ibu itu tapi wisdom disebaliknya. Kita hanya buat special occasion bersempena Hari Ibu, bukan mewajibkan diri berbuat baik kepada ibu kita sebab ia adalah Hari Ibu. Tiap hari kita mesti buat baik pada ibu/mak kita… paling tidak pun mendoakan kebaikan untuk mereka. Cuma bila ada Hari Ibu, maybe nak buat something special sikit tapi still kena bersederhana. Iyalah… tak semua antara kita mampu buat special setiap hari. Kalau bukan kekangan wang… kekangan masa.
Banyak orang kurang senang bila di TV paparkan tentang Hari Ibu. Aku rasa tak ada masalah dan bagus juga sebenarnya. Boleh juga mengingatkan siapa-siapa yang ‘lupa’ dia masih ada ibu/mak. Ingat balik mak dia dah meninggal dunia atau masih hidup. Kalau dah meninggal, bila kali terakhir doakan dan sedekah al-Fatihah. Kalau masih hidup, bila kali terakhir meluangkan masa dan pandang wajah mak kita atau paling busuk pun bila kali terakhir bercakap kat telefon.
Oh… tapi kalau anda seorang yang yakin jika sambut Hari Ibu anda akan sesat maka janganlah sambut. Dan jangan juga sambut Hari Ibu dengan buat upacara-upacara yang melanggar syariat Islam.
Aku tak menafikan hak sesiapa untuk ambil pendapat yang mengatakan haram untuk sambut. Mungkin bagi anda penjelasan yang cenderung berhukum ianya haram adalah lebih kukuh dan mudah untuk anda terima.
Antara rujukan (online je la yang aku mampu cari);
1. http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=10807
2. http://ahlusunnahwaljamaah.com/2011/04/01/the-islamic-ruling-on-celebrating-mothers-day/
3. http://idhamlim.blogspot.com/2010/05/fatwa-hukum-merayakan-hari-ibu.html
4. http://ohislam.com/sambutan-hari-ibu-adalah-haram/
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Mother’s_Day
6. http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
Apa Jadi Malaysian?
Apr 29, 2012 bebelanLuarBiasa 2 Comments
Shame on you, shame on me.
Oh Malaysian people what happen to us.
Semua orang claim diri sendiri bijak. Tapi kenapa ini jadinya kepada bumi yang kita pijak?
Diam tak semestinya bodoh, banyak cakap mungkin pandai tapi tak semestinya bijak. Kalau tak percaya cuba ingat balik masa zaman sekolah dulu.
Tak ikut demo tak semestinya tak setuju. Setuju dasar tak semestinya setuju cara ianya diketengahkan.
Untuk yang tak pegi demo, tak payah la nak dok beritau orang yang pegi demo tu bodohlah… Dipergunakanlah. Orang dah penat2 pegi demo, keluarkan duit sendiri, berpenat berpanas masa hari cuti… Kau nak kata dia bodoh pulak. Itu cari pasal namanya. Ikut suka dia la nak buat apa… Tubuh badan dia… Fikiran dia. Selagi dia sendiri yakin apa yang dia buat tu betul… Sapalah kita nak cakap apa2.
Untuk yang pergi demo, sila beringat bila kata orang yang tak mau turun dan tak mau sokong demo tu bodoh, pengecut, penyokong totok BN etc. Untuk yang bukan Islam tak apalah… Mungkin anda tak faham dan tak tahu. Tapi bagi orang Islam anda tentu tau kuasa Allah melebihi kuasa segala yang lain. Boleh tak lapangkan dada anggap orang yang tak pegi ni doa kat Allah minta Malaysia akan jadi lebih aman dan kerajaan jadi semakin adil dan saksama.
Minta dengan manusia/sistem… Keputusannya sama ada dapat atau tak dapat saja. Minta dengan Allah, Dia akan beri yang terbaik dan sesuai untuk kita. Kalau Dia beri sesuatu yang buat kita rasanya menyesal… Itu namanya pengajaran. Mengakulah… Kita manusia ni kadang termintak yang bukan-bukan.
Etika bersosial… Terutamanya di laman sosial, walaupun kat kepala kita ni ada je benda rasa nak maki hamun… Keep it to ourself je la. Other people will use it back against you. Aku sendiri pernah, cara aku berfikir tentang Islam digambarkan sebagai lebih teruk dari orang bukan Islam. Walhal niat aku sama sekali tak macam tu. Tapi aku terima ia sebagai teguran sebab bila kita nak sampaikan sesuatu terutamanya dengan cara menulis, interpretasi orang lain yang membaca adalah sangat subjektif. Banyak faktor yang mempengaruhi cara manusia memproses maklumat.
Menyentuh sikit pasal isu BERSIH 3.0. Aku pernah tulis di FB, kalau pendemo ‘Duduk dan Bantah’ berdemo dengan berdisiplin… Aku akan pakai ‘baju kuning’ bila-bila aku nak. Walaupun ditulis dengan santai tapi aku tak bergurau sebab aku memang rasa tuntutan BERSIH bagus. Malangnya semalam tak berlaku seperti yang diharapkan.
People of demo BERSIH 3.0, don’t blame Malaysian police or non-supporter. Polis menjalankan tugas. Melihat perkembangan beberapa tahun ini, janji anda untuk berdemo dengan aman tak pernah tertunai. Even di social networks pun anda tak dapat menahan diri dari memulakan provokasi dan cepat melenting bila diprovokasi. Kalau berlaku apa2 musibah dan mereka tak ada… Kata tak buat kerja pula. Memang boleh kata salah nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi kan tak ada orang paksa anda jadi susu dalam belanga tu. So stop keep blaming others. Sometimes look into yourselves. Anda sendiri yang memburukkan imej BERSIH.
Untuk yang tak sokong, sudah2 lah provoke. Ia tak akan dapat mengubah persepsi, cuma dapat nyalakan api kemarahan. Walaupun aku sendiri tak rasa tertekan sangat hidup di Malaysia dengan kerajaan pusat sekarang ni tapi aku rasa kita kena hormati perasaan orang2 yang rasa begitu.
Dan seperti yang aku selalu cakap dan tulis. Kalau anda mau share ‘kisah sebenar’ pastikan anda pasti ianya benar. Kerana ‘sharing is caring’ bermaksud kita care juga apa yang kita share, jadi selidikilah bukan saja kebenarnnya malah kesannya sekali jika ianya tersebar. Selagi kita share for the sake of sharing saja… Selagi itu fitnah berleluasa.
Oh ya… Muhasabahlah rakyat Malaysia yang kerja di pejabat-pejabat kerajaan terutamanya. Sebab bila cakap bab rasuah… Bukan saja menteri2 dan pegawai2 atasan saja yang ditujukan dan jadi penyebabnya. Mungkin ianya adalah anda atau rakan sejawat anda.
So people, it’s not just the gov n the politician. Maybe it’s because of me too… Or you too… Or we all too.
Shame on me, and shame on you for whatever happen to Malaysia.












