Ambil tahu dan tak ambil tahu
Thursday, November 6, 2008 0:58Sejak akhir2 ni aku kurang ambil tahu berita2 terkini. Bukan tak ada masa nak ambil tahu, tapi buat masa ni aku tak mau serabut otak. Bapak aku cakap kite mesti ambil tahu hal2 terkini, tapi mintak maaflah bapak… cuti kejap boleh?… huhu.
Aku hanya ambil tahu perkara2 yang penting dan berkaitan ngan aku, keluarga, dan kawan2 rapat saja. Aku nak tau macam2… tapi aku sekat dulu. Nothing serious, just that aku nak kasi otak rileks sikit. Keje aku tak mengizinkan otak aku serabut… nanti semua benda tak menjadi (haihh… pasal keje lagi).
Rasa macam perlu beraktiviti cam piknik ke… ape ke… tapi shopping tak termasuk kot, karang tak pasal jek akaun aku serabut. Dalam jangkamasa terdekat yang lepas dah beli banyak benda (yang bermanfaat ye). Pastu skang kene save untuk beli beberapa equipment lagi. Dah fikir banyak… rasanya berbaloi nak invest equipment baru.
Sabtu ni ade wedding shoot kat Langkap, Perak. Majlis agak awal pagi, jadinya hari Jumaat aku and Bal akan pegi umah kakak aku kat Tronoh Mines dulu, tido situ so Sabtu tak la terkocoh2 nak pi umah pengantin. Cadangnye lepas tamat majlis nak balik kampung jap, nak jumpa baby baru. Asalnya cam nak lepak sehari dua kat umah, tapi nampak gaye cam x dapat jek. Erkss… berat nak sebut ni… tapi xdapat sebab banyak keje kene cover. I have something in my head… tapi apa2 hal bagi keja ni setel dulu.
Haii…. sabarlah hati. Usaha tangga kejayaan kan. Ini jalan yang aku pilih, so aku tak boleh merungut… tapi mengumpat sikit2 boleh lagi la… tihihiihih.












suri cute says:
November 7th, 2008 at 2:14 pm
Aku pun sangat suka untuk mengetahui hal donia dan negara. Tapi semenjak aku mengenal erti sibuk yang sebenarnya, aku terpaksa menjadi katak bawah tempurung. hukhukhuk.. onk!