Sentimental one…
Friday, July 31, 2009 10:36Gambar hiasan.
“Ttiba tingat kita blk sklh atas moto ngan bpk yg bpk ckp ns sangit tu…huhu..”
Ayat di atas adelah sms dari kakak aku malam tadi.
’sangit’ tu bahasa Jawa bagi ‘hangit’. Kakak aku yang sorang ni memang sentimental… aku cam boleh bayang muka dia masa hantar sms tu… :p. No aku tak mengata kakak aku, aku bersyukur sbb sikap dia yg satu ni selalu mengingatkan diri aku bahawa sesekali tak salah untuk kita tunjuk perasaan kita, satu benda yang aku susah nak buat… rasanyalah. Yes aku selalu gelak bila dia tiba2 senyap kejap then menangis bila sembang live atau kat telefon, tapi kadang2 sebenarnya aku pun rasa nak nangis tapi dapat nak nangis so nak buat camna.
Oh berbalik pada peristiwa yang kakak aku maksudkan dalam sms dia tu. Sebenarnya bukan nasik hangit, tapi bapak tanak nasik taruk sardin… tu yang nampak cam hangit tu. Kire bapak nak trick kitorang la kononnye.. hehhe.
Tapi ade lagi satu peristiwa yang hampir serupa nih. Aku pi main kat rumah jiran. Balik2 je bapak cakap nasik tak boleh makan… hangit, kene masak lain. Aku pulak teringat yang bapak aku ade cakap nak buat nasik sardin sebelum aku pi main. So aku pi dapo pastu bukak periuk. Aku cakap la kat bapak… “Kan tadi bapak cakap nak buat nasik sardin, ni mesti bapak lupe ni… ni nasik sardin ni..”. Lebih kurang gitu lah aku cakap rasenye. So bapak aku pun check balik then cakap iyelah camne dia boleh lupe pulak.
Masa tu aku kecik lagi. So selama bertahun2 aku anggap diri aku penyelamat keadaan masa tu. Iyelah… kalau aku tak periksa periuk mesti nasik sardin yang sedap tu dah kene buang. Tapi bile dah besar sket baru terfikir itu mesti bapak aku buat trick jugak… wahahahahha. Kirenye bapak aku berjaya buat aku rasa diri aku penting untuk bapak selama beberapa tahun dengan trick nasik sardin jek.. aakakaka.
Tapi bapak memang selalu buat aku rasa diri aku penting. Tak kira apa cara dia… tak perlu cakap pun. And it really helps to keep me going… huhu. Sentimental jap.
Aku harap dapat buat macam bapak dan mak dalam mendidik anak. Diorang pukul, cubit, bebel, sebat… kasi denda semua, tapi kami adik beradik tetap sayang, hormat dan letak mak dan bapak ditempat teratas di hati kami. Takdelah nak kata kami ni semua jadi baik2 and the best belaka, but at least kami takdela jadik orang jahat…. hehe.













