Sedikit Lega

Tuesday, September 8, 2009 14:09
Posted in category bebelanLuarBiasa

OK…

Baru lepas setel bayar freelancer, caruman insuran tertunggak, pastu baya PTPTN sket. Rasa sedikit lega. Ade lagi figure2 yang sedang beratur untuk dilepaskan. Tapi hutang duit pada manusia tinggal 1 je, pada kakak aku.. upah jahit baju. Takper.. bagi cash masa raya nanti.. hihi. Hutang duit pada bukan manusia aku takmo pk sgt sbb nanti sakit otak ape kerja tak boleh buat. Kerja elok2 dan cuba baya sekomited mungkin setiap bulan dah memadai. Susah hati tak baik untuk kesihatan.

Ape yang penting sekarang, untuk beberapa bulan akan datang aku rasa kewangan sedikit stabil berbanding beberapa bulan kebelakangan.. hehhe. Biasala.. masa tu nak kahwin kan.. heheh.

Asalnya aku plan raya tahun ni aku nak belikan parents aku walkie talkie. Iyelah… bapak aku tak berapa dengar so bile pegi kebun belakang rumah pun mak aku dah susah nak panggil… mak bukan kuat sangat nak lari2 cari bapak kalau ade ape2.  Tapi aku k.i.v dulu. Benda tu sepasang +-RM300 dah boleh dapat yang elok jugak aku rasa… setakat yang aku survey lah.

Tapi aku rasa tahun ni aku nak buat yang spesel sket. Kalau sempat nak buatkan kuih raya beberapa macam untuk parents aku. Kalau tak yakin nak sediakan bahan… mintak tolong ibu mertuaku lar… aku adun dan bentuk-bentukkan saja.. wahahahahha. Err… alamak, baru teringat aku still tak pandai bajet masa bakar… :p. Aku fail sket bab nih… sbnrnya bukan tak pandai bajet tapi selalu leka :p. Takpe aku akan berusahe (kononnye la).

Pastu nak bagi duit raya lebih sket kat parents. Sejak dua tiga menjak asik bagi cukup syarat je(again, nak kawen punye pasal).. tak best betul. Oh.. bukan derang mintak, tapi satu kepuasan bila dapat menghulur pada orang tua. Tak caya cuba la… :D

You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Sedikit Lega”

  1. ama says:

    September 8th, 2009 at 5:47 pm

    walkie talkie utk parents ko sgt brilliant dan comel okay.. :)

  2. admin says:

    September 8th, 2009 at 9:20 pm

    hehe… tgh memikir2. sbb kalau nak beli ikut suke aku… nak carik yg canggih2. tapi mak ngan bapak orang tua so kene carik yg mudah dikendali dan handy.

  3. suri says:

    September 9th, 2009 at 11:25 am

    wah, menarik idea walkie talkie tu. hehehe.

  4. admin says:

    September 9th, 2009 at 10:42 pm

    hehhehhh

Leave a Reply