Arghh… kenapakah?
Tuesday, October 20, 2009 22:15Aku ada kerja2 yang perlu diselesaikan, tapi kenapakah susah benar mahu tumpu perhatian. Rasa macam nak buat sesuatu tetapi apakah? Gambar anak sedara aku kat atas tu agak menggambarkan mood aku sekarang. Rasa serba tak kena, tengoklah dia menopang dagu siku tergantung. Nampak tak selesa. Begitulah aku rasa sekarang. Mungkin masih dalam tempoh pasca kehilangan Choki.
Aku rasa nak balik kampung. Sembang dengan mak sambil mengunyah apa2 yang ada kat dapur pun best. Lepak dengan bapak kat anjung pun best. Mancing pun best jugak agaknya. Walaupun susah betul nak dapat ikan. Dulu ikan kecik sebesar jari kelingking budak kecik pun aku boleh daratkan… heheh.
Lemau betul la sekarang ni. Nak kutip payment pun lemau, padahal ade plan nak pakai duit… hadehhh. Aku rasa aku perlukan satu hari(setengah hari pun cukup kot) tanpa mengadap PC, main skodeng2 and snap2 dengan kamera dan angkatannye aje. Best jugak nih…
Oh rakan2ku… marilah kite outdoor. Tapi di mana yah? cari tempat lapang and banyak lalang pun best gak nih. I want to snap2… waaa… nak snap2. Aaa… tapi cam nak balik kampung dulu… huhu.
*** Gambar2 dalam post kali ini disnap di tepi rumah kat kampung aja.















Ana says:
October 21st, 2009 at 1:06 am
jom snap dkat belakang sapura.. kat tempat golf tuu.. hehe
admin says:
October 21st, 2009 at 6:36 am
bleh ek situ?
Bal says:
October 21st, 2009 at 2:41 pm
haha kalu bole.. onnnnnnnnnn je
bosan dahhhhh ni..