Mintak maaf siap2…
Tuesday, November 3, 2009 10:16Dah lama aku nak membebel pasal benda2 ni kat blog ni tapi tiap kali ingat pasal benda2 ni aku rasa menyampah… lalu nak menulis pun hilang mood.
Perkara 1
Aku rasa geram dengan segelintir manusia yang setiap benda yang berlaku dia nak salah pihak tertentu. Lebih geram bila guna alasan kebebasan bersuara. Bebas bebas juga, tapi kita ni beragama Islam. Aku merujuk khusus kepada manusia2 yang selalu cepat jump to conclusion sendiri, berteori, beretorik… atas apa juga alasan kumpulannya atau peribadi, tanpa mereka sedari atau buat2 tak sedar, tulisan2 atau kata2 mereka boleh menyebabkan fitnah dalam masyarakat. Sila cari maksud FITNAH yang sebenarnya, fitnah bukan bermaksud menyebar cerita palsu semata2.
Nak menulis, menulislah… nak bercakap… bercakaplah, pendapat dan buah fikiran kalau disimpan saja memang tak ada gunanya. Tapi lakukan dengan rasa tanggungjawab. Fikirkan apa kesan kata2 kita pada orang2 yang berkenaan, lagi2 kalau kita cuma bercakap berdasarkan teori. Kalau kita pun tak pasti dengan kebenaran cerita kita, jangan tulis macam kisah benar pulak.
Terus terang, aku pun bergosip… aku pun menyumpah seranah. Tapi biasanya dalam hati saja ataupun dikalangan orang2 tertentu yang difilter saja. Supaya tak memberi mudarat kepada orang2 yang tak bersalah atau belum tentu salah.
Perkara 2
Aku rasa marah dan sedih dengan segelintir isteri(yang beragama Islam khususnya) yang lupa satu benda ni. Aku bagi satu contoh (memang aku nak sgt tulis pasal contoh ni…). Banyak bende kau buat macam jaga keperluan suami, jaga kebajikan anak(selagi dia boleh berada dekat dengan suami), sentiasa berada disamping saudara-maranya(bukan saudara-mara suami tau), tak tinggal solat, pergi Mekah, rajin mengikuti dan menganjurkan aktiviti agama…. dan banyak lagilah yang baik2 belaka.
Tapi dia tinggal perkara ini; tak jaga hubungan dengan ibu bapa suaminya. Tak mengingatkan suami supaya menjaga hubungan dengan ibu bapanya.
Bila ibu bapa berkeras dengan anak2, mereka dikatakan kejam. Bila ibu bapa berlembut, anak jadi leka… orang lain ambil kesempatan.
Orang lelaki, tegaslah dengan isteri(selagi bukan ke jalan dosa). Perempuan ni tak boleh terlalu dikonkong, nanti minda dan hatinya sakit dan tumpul. Tak boleh juga terlalu diberi kuasa(dalam rumahtangga), nanti bukan saja minda dan hatinya sakit tapi minda dan hati suami pun sakit sekali.
*******************
Statement biasa, tolong betulkan kalau aku salah. Macam aku cakap sebelum ni, pendapat dan buah fikiran kalau dibiar aja dalam kepala memang tak ada guna. Tapi untuk kebaikan bersama, i’m open to other opinion and critics kalau ada yang rasa apa yang aku tulis perlu justifikasi.













anaa says:
November 3rd, 2009 at 7:45 pm
Ee, ni berkaitan dgn apa yek?
admin says:
November 4th, 2009 at 10:06 am
perkara 1 :: aku emosi dgn beberapa status2 and note2 di FB dan posting2 yang aku bace mase blog jumping, bace paper2 bercetak dan online dan yg seangkatan dgnnye.
perkara 2 :: there are things better left unspoken… hihi. kite tulis yg boleh ditulis ajeh.