Eid al-adha :: Qurban

Wednesday, December 2, 2009 0:17
Posted in category bebelanLuarBiasa, bergambar

Alhamdulillah, Raya Haji kali ni agak penuh aktiviti. Sampai demam2.. heheh. Sempat ikut bapak pergi menyempurnakan beberapa penyembelihan Qurban. Bapak yang pegang parang sembelih, berani la dok dekat-dekat, kalau tak segan jugak.. :p.

Eid al-Adha

Eid al-Adha

MORE PICTURE

Gambar yang kedua tu, Bapak dah cakap tali kena tegang lagi dan lembu kena mengiring betul. Tapi ade sorang dua yang kata dah boleh dah kedudukan tu. Katanya lembu jinak jadi rasanya tak susah. Jinak macam mana pun… nak kena sembelih kan, bukan nak kena pokpok.

Bapak tak suka nak kecoh and mengarah-ngarah, so agaknya dia fikir takdelah mudarat sangat… teruskan aja. Bagi lembu tu sama saja, tapi kesian orang yang pegang kat bahagian depan lah, :D. Darah pancut ke atas sebab kedudukan leher tak betul, tak cukup mengiring. Lepas semua yang pegang beredar, lembu dapat bangun kejap sebab tali tak tegang.. nasib baik tak lagi :D.

Selain yang kat atas tu, dapat tengok bapak sembelih 2 ekor di masjid dan seekor lagi di masjid jugak tapi Imam lain yang sembelih. Bawak anak buah sekali, teringin sangat nak tengok.

Seronok dapat tengok orang-orang tua sampai la budak kecik bergotong-royong. Kelakar jugak tengok budak-budak muda yang takut-takut tapi beranikan diri jugak tolong pegang lembu masa nak sembelih. Elok tu, pengalaman namanya… heheh.




You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Eid al-adha :: Qurban”

  1. suri says:

    December 2nd, 2009 at 9:51 am

    patutnya kau letak gambo pertama je dgn caption - bapaku pembunuh! ekekeke

  2. admin says:

    December 2nd, 2009 at 8:23 pm

    cam ganas sgt plak.. haha

Leave a Reply