Kehidupan Orang Biasa
Monday, March 8, 2010 23:08Beberapa minggu kebelakangan ni hidup aku agak huru-hara, haru-biru dan sebagainya. Dari hal kewangan sampailah ke hal kekeluargaan.
Perkara paling memberi kesan, anak saudara aku meninggal dunia. Arwah lebih tua dari aku, menghembus nafas terakhir pada 2 March lepas. Berbanding dengan hubungan aku dengan anak2 saudara yang lain, kami memang tak berapa rapat. Umur kami tak jauh berbeza tapi kami melalui kehidupan yang agak berbeza. Tapi aku pasti pemergian arwah amat dirasai oleh mak dan bapak. Arwah cucu sulung. Dan di tahun2 akhir arwah, hubungan arwah dengan mak dan bapak semakin baik. Harap abang dan akak ipar dapat terima kenyataan ni dengan redha.
Walau apa pun, yang pergi kita mesti relakan supaya rohnya aman dan tenang. Aku pinjam kata2 dari salah seorang client aku… credit to Gan.
“sedih, memang sedih lah, sebab kita manusia biasa. Tetapi yang penting ialah dari sini kita tahu nyawa bukan milik kita sendiri, kita pun tak tahu bila akan pergi, menghargai lah apa yang ada sekarang, keluarga, suami, ibu bapa…”
Ok aku harap hari2 yang mendatang ni hidup aku akan back to track. Pasti tak ada hari yang senang lenang… heheh, but at least aku harap hidup akan lebih teratur. Tidur tanpa mimpi hantu or mistik. Yaa…. umur dah dekat 30 tahun ni pun aku masih mimpi bukan2…. huhu.











