Survivalist #2

Aku penah tulis entry berkenaan ‘survivalist’ sebelum ni.

Beberapa minggu lepas kami balik kampung dan sempat buat aktiviti sikit… heheheh. Aku letak gambar sikit ya. Tapi gambar pertama cuba mengfilter pandangan mata anda. Kalau tak sanggup tengok (xde la horror sangat pun) baik jangan teruskan. Jangan kata aku tak warning… aaa.

In case ada sesiapa wondering, itu bukan rambut aku… ahahaha. Selain belajar rabbit butchering kampung style dari bapak, aku ada juga tengok video di youtube cara-cara yang pantas dan mudah. Kali ni dapat praktik dengan jayanya. Pantas dan bersih.

My nephew dan aku. Seperti yang aku pernah cakap sebelum ni, kami tak halang anak kecil mengikuti proses dari lifestock sehingga menjadi lauk.

En. Iqbal. Ini bukan senyuman kejam ya. It was his first time melapah kulit ternakan. Itu yang gembira sangat tu. Fast learner indeed. Next time belajar potong-memotong pulak ye. Esok-esok kalau kita dok kat kawasan kampung boleh le hidup.. teehee.

Mak aku tergelak je tengok kitorang suami isteri bertungkus lumus kat bangsal. “Bal tengah belajar ke tu?!” Kata Mak, dalam bahasa Jawa la… heheh. Mak tengok dari jauh je sebab dia yang bagi makan arnab2 tu tiap hari, jadi tak sampai hati.

Gambar dibawah pinjam dari blog niece aku, Khalila.

Ini rupa daging arnab yang masih mentah. Texturenya macam daging ayam tapi lebih firm (perbandingan dengan ayam daging, bukan ayam kampung).

Ni kakak aku buat masak lemak. Tips, kalau anda tak suka rasa yang terlalu lemak… boleh rebus dulu daging sampai separa lembut kemudian barulah dicampur dengan bahan lainnya, ambil sedikit saja air rebusan ikut selera anda.

Yang ni aku punya kerja. Arnab yang umur 4 bulan ke atas biasanya daging sedikit liat. Jadi kalau nak goreng atau bakar pastikan perap lama sikit dan potongan seeloknya besar2. Seekor tu buat potongan 4 atau 5 pun bagus. Dah masak baru dipotong kecil.

Siapa2 yang dapat daging arnab boleh lah cuba masakan seperti di atas.




Restoran Ayam Bakar Wong Solo, Kajang

Niat asal kami keluar tadi nak cari thermo pot. Asalnye nak pegi Jusco yang dekat rumah ni je. Tapi tengok dari luar pun Bal dah tak sanggup. Jadi kami pun jalan je terus tanpa tujuan.

Tak lama kemudian kami pun buat keputusan pegi ke Kajang je. Teringat dekat2 dengan masjid kaler hijau tu ada SenHeng. Kemudian beberapa minit sebelum sampai ke kedai tu teringat kat area tu jugak ade Courts Mammoth. Jadi kami pun terus la ke Courts Mammoth. Sorry ye SenHeng… bukan rejeki korang… hihih.

Kami ada jumpa thermo pot yang best kat Courts Mammoth The Mines, tapi dah habis stok. Jadinya nak la ushar model yang sama. Tapi rupanya kat cawangan Kajang tu xde display pun model tu. Disebabkan dah bertangguh beli sebelum ni dan termos kat rumah pun dah lama rosak kami beli je lah mana yang ada stok. Beli Panasonic punye, murah sikit dari Toshiba yang kami berkenan itu hari. Tadi dah test, setakat ni macam best… heheheh.

Bal ade janji nak belanja kat Baskin Robbins… ahahha, jadi lepas setel kat Courts Mammoth kami pegi ke le ke situ. Share dengan suami terchenta, satu scoop Neopolitan dan satu scoop lagi test Baseball Nut… makan ala2 zaman dating gitu. Sekali sedap daa Baseball Nut… nyaris nak tapau barang sescoop dua lagi. Tapi tak jadi sebab makanan sedap kalau melahap banyak nanti jadi tak sedap. Jadi… save it for next time… ehehehh.

Kemudian kami pun bergerak lah nak balik dan plan nak singgah makan di mamak yang terletak di pekan Balakong (skema tak ayat saye?). Lepas keluar dari parking kami lalu kat sebelah restoran Ayem Penyet. Aku cakap kat Bal… “Macam best je ayam penyet.” Aku teringat makanan ala2 style Indonesia macam Pecel Lele, Ayam Penyet, etc. Kecur liur plak. Bal boleh pulak suggest aku belajar buat sambalnye sebab kami ada saudara yang meniaga makanan macam tu, so boleh makan selalu kat rumah. Aku terus terang je buat masa ni takmau belajar sebab nanti kena makan kat rumah je, makanan2 macam tu aku nak makan kat kedai… wahahahha.

Lepas lalu kat traffic light ternampak restoran Ayam Bakar Wong Solo. Dah beberapa kali nampak kedai tu.. tiba2 rasa nak try pulak, otak pulak memang dah teringat makanan2 yang berkaitan. Kami perlu buat keputusan dalam masa beberapa saat. Jadi dengan gamblenye kami menuju ke restoran tu. Siap set… kita lalu dulu, kalau nampak lain macam atau tak best kita chaww je… hihih.

Kami berdua ni memang bukan jenis cuba2 restoran/kedai makan. Tempat makan yang kami pergi biasanya sama ada ada orang rekemen atau sebelum tu ada orang lain yang dah biasa pergi yang bawak kami. Kalau tak… jangan harap. Tapi lepas percubaan kali ni rasanya ada kemungkinan lepas ni kami rajin cuba restoran2 lain :D .

Kami order set ekonomi je. Set Pecel Lele dan set Ayam Penyet. Oh.. aku teringat ada air nama dia Jus Poligami. Aku cam nak gelak tapi masa tu ada pelayan kedai tengah nak amik oder… jadi aku gelak dalam hati je… wahahha. Bal pulak pegi tanya pelayan tu apa maksud Empal Sapi. Dia terkial2 nak menjawab, jadi tadi kami assume Empal Sapi tu minced beef yang dimasak jadi ketul2. Tapi tadi aku search rupanya daging lembu tu direbus sampai lembut, kemudian dipotong2, kemudian ditumbuk, gaul dengan rencah dan akhirnya digoreng.

Tak pasti sama ada kedai ni franchise Ayam Bakar Wong Solo yang original atau bukan, tapi yang pastinya makanan yang masuk ke mulut kami tadi memang sedap. Sempat feeling2 macam makan kat Lesehan, cumanya restoran ni lebih bersih dan cantiklah, dan tak ada mamat2 Indonesia nyanyi sambil main gitar… hihih. Bal excited gila sebab jumpa air Soda Gembira kat menu. Bal order an rasanya sama je macam yang aku buat, kira betulla cara yang aku buat tu.

Pekerja-pekerjanya kemas, sopan dan pantas. Restorannya simple dan bersih. Tempat makan bersila pun ada. Nak solat senang, surau disediakan. Mudah kalau ada agenda buka puasa ke.

Sapa2 yang dok kawasan berdekatan bolehlah cuba. Lokasinya kat deret kedai baru kat sebelah belakang Hospital Kajang (seberang jalan). Lepas makan kat situ kalau teringin makan aiskrim pulak… boleh pegi kedai sebelah, ade kedai Tutti Fruity.

Kalau ada orang tanya aku nak makan kat sini lagi tak? Maka jawapan aku… Mestilahhh :D .

*** Sorry xde gambar sebagai rujukan.




Sleepy Kitty

Kitty surrendered

Lupe plak nama mamat nih. Banyak sangat kucing kat umah mak. Mak cakap main la jugak ngan mamat ni… sian dia takde orang peduli sebab ade sedara lain yang lebih comel :D . Muka mamat ni special sikit… kat pipi kiri dia ada corak macam jambang :D .

Harap gambar ni boleh buat sesiapa tersenyum =).