Survivalist #2
Dec 28, 2011 bebelanLuarBiasa, bergambar
Aku penah tulis entry berkenaan ‘survivalist’ sebelum ni.
Beberapa minggu lepas kami balik kampung dan sempat buat aktiviti sikit… heheheh. Aku letak gambar sikit ya. Tapi gambar pertama cuba mengfilter pandangan mata anda. Kalau tak sanggup tengok (xde la horror sangat pun) baik jangan teruskan. Jangan kata aku tak warning… aaa.


In case ada sesiapa wondering, itu bukan rambut aku… ahahaha. Selain belajar rabbit butchering kampung style dari bapak, aku ada juga tengok video di youtube cara-cara yang pantas dan mudah. Kali ni dapat praktik dengan jayanya. Pantas dan bersih.

My nephew dan aku. Seperti yang aku pernah cakap sebelum ni, kami tak halang anak kecil mengikuti proses dari lifestock sehingga menjadi lauk.

En. Iqbal. Ini bukan senyuman kejam ya. It was his first time melapah kulit ternakan. Itu yang gembira sangat tu. Fast learner indeed. Next time belajar potong-memotong pulak ye. Esok-esok kalau kita dok kat kawasan kampung boleh le hidup.. teehee.
Mak aku tergelak je tengok kitorang suami isteri bertungkus lumus kat bangsal. “Bal tengah belajar ke tu?!” Kata Mak, dalam bahasa Jawa la… heheh. Mak tengok dari jauh je sebab dia yang bagi makan arnab2 tu tiap hari, jadi tak sampai hati.
Gambar dibawah pinjam dari blog niece aku, Khalila.
Ini rupa daging arnab yang masih mentah. Texturenya macam daging ayam tapi lebih firm (perbandingan dengan ayam daging, bukan ayam kampung).
Ni kakak aku buat masak lemak. Tips, kalau anda tak suka rasa yang terlalu lemak… boleh rebus dulu daging sampai separa lembut kemudian barulah dicampur dengan bahan lainnya, ambil sedikit saja air rebusan ikut selera anda.
Yang ni aku punya kerja. Arnab yang umur 4 bulan ke atas biasanya daging sedikit liat. Jadi kalau nak goreng atau bakar pastikan perap lama sikit dan potongan seeloknya besar2. Seekor tu buat potongan 4 atau 5 pun bagus. Dah masak baru dipotong kecil.
Siapa2 yang dapat daging arnab boleh lah cuba masakan seperti di atas.
Tags: arnab goreng, arnab masak lemak, butcher, daging arnab, lapah, survivalist











December 28th, 2011 at 3:14 pm
Walaupun gambar2 awal tu agak gore, tapi hasil akhir tu sangat mengghiurkan
December 28th, 2011 at 3:39 pm
ahahah. Ala same je macam mengerjakan ayam.
December 28th, 2011 at 4:38 pm
Agaknya sebab tak pernah ambil gambar potong ayam, jadi tak perasan pun ke gore an dia.. ekeke
December 28th, 2011 at 5:02 pm
mungkin jugak.. ahahah
December 28th, 2011 at 6:19 pm
heheee…. no hal la. boleh je amek gambar tu. best kan arnab? len kali kite boleh sembelih lagi. heheh
December 28th, 2011 at 6:30 pm
makasih ya anak gadis
. insyaallah ade rezeki dapat la makan lagi.