Ayat best di petang Sabtu
Jan 28, 2012 bebelanLuarBiasa, bergambar
Sabtu lepas aku dapat dengar sesuatu yang aku rasa semua anak kat dunia ni akan rasa gembira sangat-sangat kalau dapat dengar. Sampai sekarang tiap kali teringat aku rasa nak nangis. Jangan salah anggap… aku tak ada niat yang bukan-bukan bila share ni. Cuma dari dok share hal2 yang tak best, baik juga share hal2 yang menggembirakan.
Masa tu aku dan Bapak tengah tunggu Mak balik dari rumah pakcik dan jugak adik beradik lain yang dah janji nak balik hari tu. Sambil-sambil tu kami sembang2. Terbuka cerita pasal seseorang yang kami kenali. Kisah yang kurang enak untuk diceritakan, tapi memang banyak pengajaran. Sampailah bapak cakap sesuatu;
“Kue ngesok yo dibai’i, disayang koro anak-anak… wong kue pun baik koro mak koro bapak.” Lebih kurang gitulah ayatnya. Maksudnya lebih kurang begini… kau nanti akan dibuat baik, disayang oleh anak-anak sebab kau pun baik dengan mak dengan bapak.
“Aminnn..!” Secara spontan terus keluar dari mulut aku. Thank you Bapak for telling me that you feel that way. Rasa nak peluk Bapak masa tu, tapi nanti bapak ingat aku buang tebiat lak. Cium tangan dan pipi Bapak memang biasa, tapi peluk Bapak… emmm… time bonceng motor bapak adelah, heheh.
Tentu ada sesetengah orang akan rasa, what’s the big deal? Biasalah parents cakap macam tu pada anak-anak. Pada aku, tentulah sangat big deal. Aku selalu jugak tertanya-tanya adakah aku anak yang menyenangkan hati Mak dan Bapak atau tidak. We both know that I’m not the best daughter, and sure not the most religious one, yet he said that to me. I took those words as compliment. Rasa macam menang award. For those who don’t know my Bapak, he is not the kind of person that will compliment his kids using nice words terutamanya secara berdepan dengan orang yang dimaksudkan.
Tentu saja aku bukanlah yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa aku berada di laluan yang betul. Still, cara jalannya masih banyak perlu diperbetulkan.
Bukan bermaksud selama ni aku berbuat baik pada parents (mine & my in-law) untuk dapatkan pujian dari mereka atau siapa-siapa pun. Selain atas dasar tanggungjawab, aku nak tengok parents sentiasa senyum dan gembira. Because if they are not, I will not too. Thats me.
Ya Allah, semoga apa yang dikatakan oleh Bapak dapat perkenanMu. Berikan aku kekuatan untuk terus istiqamah menjadi anak yang mampu berbuat baik pada semua orang tuanya. Semoga mereka mendapatkan kebahagian di dunia dan syurgaMu, ya Allah. Amin.


Pacat di Taman Pertanian Shah Alam
Jan 18, 2012 bebelanLuarBiasa, bergambar
Setuju je la… kami semua comel kan…
Glamour kau pacat… siap buat tajuk lagi. Silap tak ade gambo je. Err… err… cuba bayangkan rupa pacat pun dah terasa geli… eeiii.
Kisahnya. Kami berlima pegi ke Taman Pertanian Shah Alam untuk buat ‘assignment’. Meh aku share beberapa gambar.
Abang ni dapat ikan… kami pulak yang excited.
Rilek bang.. jangan jeles.
Mereka inilah bahan assignment kami… hihi. Kat sinilah mulanya kisah pasal pacat, ade sekor hardcore main panjat2 leher Bal… huhu. Aku bila dah nampak apalagi… tutup mata dan harap orang lain ajelah yang selamatkan beliau… huhu.
Wuhhuu… tinggii!
Menara tinjau. Macam best tapi aku rasa masa tu aku tak ada alasan yang kukuh untuk menapak ke atas (alasan bagus punya untuk cover).
Ape anda cube buat En. Farid… heheh.
Hai beluncas!
Hai semut!!
Ini buluh betong ke ape aa…
Aku sorang je yang tak namapk gigi. Kononnye cuba senyum simpul.
SejukkkKK… tak tipu.
Syok jugak Taman Iklim Empat Musim ni. Selama ni aku sangka taman ni buat musim tipu-tipu je. Rupanya memang setup real punya, pokok2 semua akan berdaun, berbunga, luruh etc ikut musim. Bagus teknologi ini zaman. Kebetulan masa kami datang ni musim sejuk. Masing2 suke beno dapat cakap ada asap-asap… eheheh.
Kalau tak mau naik bas (basnya open air… best jugak), boleh sewa basikal… harga tak pasti berapa… tapi rasanya tak mahal sangat. Ada nampak jugak orang datang bawak basikal sendiri.
Hai landak!… Macam Bubu tido pulak.
Hai kekures!
Hai merpati!
Hai merpati mata merah!
Kami tak pergi ke semua tempat… tak larat wehh… bawak banyak barang. Tempat last yang kami singgah adalah Taman Haiwan, itu pun tak masuk dalam2 sangat. Ada rabbit jugak… tapi rabbit2 aku lagi comel dan gemuk… heheheh.
Oh ya… masa kat taman inilah baru kami tau yang aku dah kena gigit pacat… huhu. Sebab Zam kata nampak pacat berdarah kat tempat kami berdiri dalam bas. Check punya check… rupanya betis aku jadi mangsa… masih gatal sampai sekarang kat tempat pacat tu gigit, you notty pacat. Nasib baik pacat tu dah jatuh sendiri… kalau tak ada 4 orang bertuah dapat tengok aku shuffle.
Tapi rupanya bukan aku sorang kena… Zam pun kene gigit pacat, kat dalam kasut… ahahha. Agak masa dah balik bukak kasut baru nampak darah… hihi.
Ada lagi gambar2 yang boleh dilihat kat Flickr. Jemput tengokkk… heheh.
Ok… kalau ada sesiapa yang berminat nak pergi, bayaran masuknya murah saja… RM3 untuk dewasa, RM1 untuk kanak2 dan warga tua. Kalau nak masuk ke Taman Iklim Empat Musim… tambah lagi sekali ganda. Mmm… nak lebih detail tentang bayaran bolehlah lawat website taman ni… http://www.tbnsa.gov.my. Sebab banyak lagi detail2 lain.
I have to say… taman ni best! Kalau ada masa dan mood nak nature2 gitu… insyaallah nak datang lagi. Marilah melancong di negara sendiri!
Tags: Bukit Cherakah, lawat Malaysia, pacat, Taman Pertanian Shah AlamBukit Cahaya Seri Alam Agriculture Park
Sanjung manusia berpada-pada
Jan 17, 2012 bebelanLuarBiasa
Tak kira siapa dan apa status seseorang manusia tu, berpada-padalah bila kita sanjung atau kasihkan dia. Jangan keterlaluan mencintai atau menyanjungi seseorang manusia kerana sebenarnya sikap kita itu mungkin akan menyebabkannya ‘tersadung’.
Jujur, aku pun suka diberi penghargaan, dipuji, dan disanjung (tak ada orang sanjung pun). Tapi jujur juga aku nak kata, antara perkara yang paling bahaya kepada seseorang manusia adalah pujian dan sanjungan. Kalau tak caya cuba experimen kat girlfriend/boyfriend… tak lama pastu ada harapan jadi ‘ex’ lah.
Sebaik dan sebagus manapun akhlak seseorang tu, sealim mana pun seseorang tu, kalau asyik disokong, dipuji, disanjung… cakap apa pun orang angguk, buat salah pun ada orang backup… lama-lama iman boleh tergugat. Lagilah manusia yang tak berapa nak baik sangat lebih kurang macam aku ni. Kalau benar, katakan benar… kalau salah, katakan salah… kalau tak pasti, ade baik jangan buat2 reti. Kalau kita kasihkan seseorang tokoh, janganlah terlalu menyanjung sampai secara tak sengaja beliau jadi angkuh tanpa sedar. Angkuh ni tak semestinya terzahir dgn nyata… kadang2 tergelincir dalam baris tutur kata.
Orang-orang yang selalu dibenci pulak… memanglah ‘macam’ ada yang suka dan menyanjung, tapi kalau dah asyik ada orang komplen saja dan selalu jadi bahan ‘khabar angin’ maksudnya mesti ada yang tak kena dengan diri kita. Walaupun kena tumpu kepada aura positif tapi yang negatif kena ambil tahu juga.
Harapan aku pada orang2 yang berpengaruh kat Malaysia ni, sudah2 la menyebarkan khabar angin. You should be better than that. Kalau sendiri pasti, ada bukti atau lihat sendiri… cerita la sampai lebam (ni kalau abaikan bab aibkan orang). Kalau tidak… tak kira sebenarnya betul atau tidak, tinggalkan sajalah. Pengikut2 anda bukan semuanya cerdik pandai… ade juge yang tengin, walaupun dah bagitau hal yang disampaikan cuma khabar angin dia hebahkan jugak. Lama-lama dah jadi macam betul pulak. Sapa pernah main ‘radio rosak’ tahulah kesannya. Jadi bertanggungjawab lah dalam mengeluarkan kenyataan.
Untuk rakyat Malaysia umumnya dan umat Islam khasnya, janganlah cepat taksub. Tak rugi kalau meneroka pelbagai option sumber maklumat… media ke… manusia ke… naluri sendiri ke. Bersyukurlah kalau ada orang lain yang tak sependapat dengan kita. Sedar atau tak, percanggahan pendapat buka ruang dalam hati dan fikiran kita untuk lebih mengkaji dalam memahami sesuatu hal.
Nak berguru, jangan cuma satu. Nak ambil tahu, jangan sumbernya yang hanya kita mahu saja. Nak percaya jangan membabi buta.
Walaupun aku tau tak banyak orang akan baca apa yang aku tulis ni… at least boleh jadi peringatan untuk diri sendiri juga yang banyak perkara perlu diperbetulkan. Lagipun aku tengah praktikkan hak asasi manusia untuk meluahkan pendapat sambil melatih diri menulis tanpa menggunakan bahasa yang kasar… miahahaha.































