Mahasiswa menuntut ‘Kebebasan Akademik’
Jan 2, 2012 bebelanLuarBiasa
Sebab kat internet dah kecoh yang adik-adik ni macam bersungguh sangat nak menuntut ‘kebebasan akademik’ jadi aku cubalah fahamkan apa benda ‘academic freedom’ dan ‘kebebasan akademik’ ni sebenarnya.
Sebelum tu aku cari dulu apa tuntutan adik-adik ni sebenarnya. Jadi aku terjumpa artikel di bawah, aku italic kan.
Kat bawah ni aku ambil dari upsikini.blogspot.com. Please jangan marah akak ye adik2, akak cube nak faham ni dan tolong korang sebar apa yang korang semua nak.
*********************
1) Mansuhkan AUKU dan AKTA 174
BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :
a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia.
b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa.
2) Bebaskan ilmuan berakademik
BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :
a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.
b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.
c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
BEBAS menuntut mahasiswa diberi kebebasan bersuara dalam kerangka berikut:
a. Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.
b. Mahasiswa mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.
c. Mahasiswa bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.
4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
BEBAS menuntut supaya :
a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.
b. Proses pemilihan pelajar ini dijalankan tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak sama ada dari sudut sistem, teknikaliti, kempen, pembuangan undi, pencalonan dan lain-lain elemen dalam proses pemilihan yang hanya melibatkan mahasiswa.
5) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti
BEBAS menuntut supaya :
a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri.
b. Urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.
c. Hal ini merangkumi segala bentuk pentadbiran persatuan dan aktiviti, kewangan dan perbelanjaan, dana dan tajaan, pengisian dan aktiviti, penerbitan dan publisiti serta apa jua elemen-elemen lain di dalam urus tadbir persatuan.
6) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
BEBAS menuntut mahasiswa diberikan kebebasan berpartisipasi dalam politik sebagaimana berikut :
a. Melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.
b. Mahasiswa bebas mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.
c. Mahasiswa bebas menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.
d. Mahasiswa bebas menjalankan dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.
*********************
Ok sebelum tu, aku mengaku aku dah tak berapa ingat perincian AUKU. Dah dekat 10 tahun meninggalkan UKM, kene ingat benda2 lain pulak.
Selepas baca tuntutan kat atas aku rasa macam tak berapa kena je. Sebab apa yang aku faham dengan ‘academic freedom’ bukanlah exactly seperti yang diatas. Oleh kerana sedikit rajin membaca hari ni, maka mulalah godek2.
Aku merujuk banyaklah artikel online. Nak pegi cari buku tak ada kemampuan masa nak pegi kedai buku apalagi library. Lainlah masa jadi student di UKM dulu, ada gedung ilmu namanya Perpustakaan Tun Sri Lanang.. hihih. Adik-adik yang masih belajar di UKM, gunakanlah PTSL sebaik-baiknya. Kalau tak nanti bila dah grad dari UKM anda akan rasa rugi.
Jadi ni antara rujukan/artikel yang aku sempat baca;
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_akademik (pendek beno)
2. http://www.insidehighered.com/views/2010/12/21/nelson_on_academic_freedom
3. http://dictionary.reference.com/browse/academic+freedom
4. http://www.yourdictionary.com/academic-freedom
5. http://lawbrain.com/wiki/Academic_Freedom
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Academic_freedom
7. http://encyclopedia2.thefreedictionary.com/academic+freedom
Kalau korang perasan, aku ada highlight tuntutan adik-adik BEBAS dengan warna merah. Pada aku itu saja yang relevan dengan tuntutan mereka mahukan ‘Kebebasan Akademik’. Untuk yang lainnya rasanya lebih sesuai namakan dengan tuntutan lain seperti ‘Kebebasan Berpolitik’ ke… ‘Kebebasan Bersuara’ ke… dan anda bukannya dihalang untuk mengundi. Nak mengikuti perkembangan politik pun boleh, asal jangan lebih2. Sekarang banyak sumber boleh dapat.
Aku tau ada golongan pendidik termasuk pensyarah dan juga orang-orang dalam Kementerian Pendidikan Tinggi yang menyokong apa yang adik-adik ni buat. Tapi apa yang anda sendiri buat? Biarkan adik-adik ni yang berdemo di jalanan untuk tegakkan apa yang anda percaya? Habis anda buat apa? Hanya berdiam diri atau hanya berani cakap-cakap belakang dan dalam dewan kuliah saja? Takut diambil tindakan dan hilang mata pencarian? Habis budak-budak ni macam mana?
Untuk adik-adik yang bersemangat, bukannya tak boleh nak berjuang. Cuma masa, cara dan motifnya tak kena. Memang la dulu-dulu pakcik makcik dapat berpolitik sakan masa belajar kemudian sekarang kalau tak dapat jadi menteri pun dapat keje bagus2. Tapi kena ingat… zaman dulu, asal nama pernah ‘masuk universiti’, petik jari je nak dapat kerja. Sekarang tak macam tu. Tak boleh cakap English pun boleh menyebabkan kita tak dapat kerja.
Tapi ikut koranglah. Kalau korang rasa kebebasan nak buat semua benda (terutamanya berpolitik dan luah pendapat) lebih penting dari hidup tenang dan keperluan mencari rezeki yang halal di masa depan, buatlah ikut suka korang ye.
Tambahan (3 Januari 2012):
Tujuan aku tulis entry ini adalah untuk memikirkan kaitan antara apa yang dilaungkan oleh BEBAS dalam demo2 mereka dan huraian kepada 6 point tuntutan yang lengkap.
Tapi rasanya ada yang menyangka aku menolak hak mahasiswa untuk berpolitik. Maka aku nak beritahu yang aku berpegang pada prinsip sesiapa saja yang berumur 18 tahun dan ke atas dan merasakan dirinya mampu berfikir secara rasional dan telahpun mampu hidup berdikari berhak bergiat aktif dalam politik atau apa saja aktiviti lain dengan kapasiti yang terkawal. Contohnya tidak memberi impak negatif kepada pemberi biasiswa atau penjamin pinjaman kewangan, dsb. Cuma pastikan matlamat jelas, bergiat secara terhormat dan bermaruah. Kerana anda bakal pemimpin negara kita.
Tags: academic freedom, BEBAS, kebebasan akademik, kebebasan berpolitik, kebebasan bersuara











January 3rd, 2012 at 12:16 pm
Walaupun aku pernah berdemo masa PPSMI dulu, aku berpendapat bahawa zaman sekarang dah tak sesuai untuk berdemo. Pertamanya tindakan penguatkuasa yang semakin ganas (masa demo PPSMI yang sepatutnya tak ada apa-apa tu pun aku dah merasa gas pemedih mata yang bukan sekadar memedihkan mata, tapi muka, tangan dan merengsa kulit).
Kedua zaman sekarang ada banyak lagi saluran untuk meluahkan rasa tak puas hati ni. Ada Facebook, blog, youtube dll.
Gunakan bahasa yang baik, bukan bahasa yang buruk untuk menyampaikan pendapat. Biar kelihatan matang dan bijak. Persembahan harus kreatif untuk menarik minat ramai orang kepada pendapat kita. Kemudian, harus berlapang dada jika orang tidak menerima pendapat kita. Tak semua perkara perlu diekspresikan dengan demo, sebab ianya hanya tambah memprovokasi, bagai mencurah minyak ke api.
Tapi kalau aku cakap macam ni pun, bukan ada orang yang hendak dengar. Yep, aku pernah jumpa orang hobinya demo.
Perihal budak-budak berdemo. Aku tidak menyokong mereka. Tetapi aku juga tidak menyokong mereka dibelasah sampai masuk hospital.
January 3rd, 2012 at 12:41 pm
Berdemo sebagai hobi? aduhhai…
Walaupun aku tak pernah turun demo, sebenarnya aku takdelah menolak sgt. Tapi mcm maksud kau, ikut keperluan dan keadaanlah.
Demo jadi tak elok bila dah dijadikan gelanggang untuk provokasi, bukan lagi ekspresi.
Bab sampai masuk hospital tu, aku ada tgk video kat youtube. Nah ni klu belum tgk;
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mvwn1TVX8m8
Sepatutnya kalau dah yakin dgn kemahuan dan matlamat sampai berani turun demo kene taulah kemungkinan2 akibat. Tapi bila kene pegang dengan polis macam orang kene histeria. Apekah?…
Btw, yg turun tu bukan semuanya student upsi, ada 2 org yg dok laung2 tu kalau tak silap student UIA and UM.
January 3rd, 2012 at 8:07 pm
Permulaan tahun yang sangat mengembirakan apabila bermula dengan kebangkitan mahasiswa harapan Malaysia gemilang pada detik-detik mendatang
January 3rd, 2012 at 10:13 pm
Terima kasih en. Naha Ibrahim kerana sudi membaca.
Terus terang saya tak berapa setuju dengan cara adik2 ni ‘bangkit’ dan kecenderungan mereka membuat provokasi terutamanya lepas tengok video2 berkenaan mereka dan mengikuti perkembangan mereka dari pelbagai media dan sumber.
Tapi saya juga mengakui yang saya memang kagum dgn keberanian dan kelantangan mereka. Harapan saya lebih ramai lagi adik2 yang bangkit dengan cara yang lebih positif.
January 19th, 2012 at 7:31 pm
salam…..saya nk mintak penjelasan dari pihak tuan….saya x reti sgt bab2 auku ni…..pmansuhan auku ada effect ke utk kuasa uitm yg hanya utk melayu dan bumiputera
January 20th, 2012 at 1:31 pm
seperti yang saya tulis kat atas, saya pun kurang arif dan tak berapa igt intipati auku.
Tapi rasanya UITM untuk bumiputera tu isu lain.
January 24th, 2012 at 9:48 pm
nak tau jugak apa dlm pemikiran budak2 yg berdemo ni..mrk ni tak salah,cara mrk ni je..mungkin dah lama mrk pendamkan tapi pihak berwajib x menghiraukan.