Pixiegraphy :: Garis Panduan

Sekarang Pixiegraphy sudah ada guideline bertulis… yeyy!

Oleh kerana kebanyakan job yang kami buat sekarang ni berkenaan PERKAHWINAN, maka kami buat guideline berkenaan perkahwinan dulu. Antara tujuannya adalah seperti berikut;

1. Memudahkan bakal pengantin membuat pilihan sebelum menghubungi kami. Kalau rasa guideline kami sesuai dengan kehendak mereka maka terus saja hubungi Pixiegraphy dan akan akan cuba memenuhi permintaan anda sebaik mungkin.

2. Team kami berusaha menjalankan perniagaan yang selari dengan syariat Islam. Maka penting bagi kami untuk isytihar guideline yang perlu kami ikuti.

3. Selain itu team kami juga berusaha untuk lebih memahami kepelbagaian agama, budaya dan bangsa terutamanya di Malaysia ini. Ia kami anggap sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk kebaikan kami dengan harapan kami dapat menyumbang kepada keharmonian masyarakat.

Kami juga sedia maklum tentang isu trend-trend masakini yang tak dianjurkan dalam Islam terutamanya berkenaan pre-wedding. Namun kami berpendapat fitrah anak muda zaman sekarang sukakan sesuatu yang mengikut trend terutamanya yang melibatkan hal-hal kreatif. Jika ada caranya, tidak perlulah menafikan terus kemahuan-kemahuan ini kerana ditakuti mereka akan terus berpaling dan menjauh dari yang benar. Oleh itu Pixiegraphy tetap menawarkan rakaman foto dan video pre-wedding/save the date dengan mengikut guideline yang telah kami sediakan.

Guideline Pixiegraphy berkenaan PERKAHWINAN mudah dan ringkas sahaja dengan isu utama berkenaan aurat. Silakan baca di Page Facebook Pixiegraphy.




Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>