Mohon

Ada sesetengah perkara should be kept secret, ada juga sesetengah perkara perlu dikongsi.

Namun begitu ada lebih banyak perkara yang kita mesti cuba simpan sendiri sehingga Allah s.w.t mengatur sesuatu supaya ia dikongsi. Banyak perkara yang berlaku buat aku semakin yakin bahawa bila timbul prasangka, jalan yang terbaik adalah segera tetap berwaspada dalam masa yang sama perlu bersangka baik dan mendoakan yang baik-baik.

Bila kita ditimpa masalah, yang paling baik adalah mohon petunjuk dari Allah s.w.t terlebih dahulu. Insyaallah secara sedar atau tidak kita akan dibantu. Kadang-kadang masalah tiba-tiba dapat selesai sendiri atau tak sengaja. Kadang-kadang Allah s.w.t ’tunjuk’ kepada kita jalan atau individu tertentu yang boleh kita kongsikan masalah.

Jelasnya bukti Allah Maha Pengasih, Maha Pemurah, dan Maha Mengasihani sampai aku yang selalu terlajak ingkar dan lalai ni selalu rasa diberi peluang dan pengajaran.

Hari ni mood sangat bersyukur dan lega.




Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>