Goodbye Bubu

Akhirnya berjaya memaksa diri tulis pasal ni. Aku kena tulis untuk nota rujukan next time kalau ada Guinea Pig yang lain tiba-tiba sakit.

8 Mac 2012 bawak Bubu pegi klinik yang dekat rumah. ADA POST PASAL NI. Beberapa kali jugak bawak pets2 yang lain ke sini. Peringatan penting untuk diri aku, kalau vets prescribe antibiotik untuk GP aku kena tanya betul2 pada vets apa nama antibiotik tu dan memang perlu bagi ke? Sebab GP tak boleh makan sebarang jenis penicillin dan apa jenis antibiotik pun sangat bahaya pada GP kalau dosnya salah.

9 Mac 2012. Mula hand feeding Bubu sebab rupanya dia memang tak makan sendiri. Buat slurry, pellet campur air. Guna syringe 10ml, potong bahagian depan bagi slurry senang masuk.

12 Mac 2012. Ada buat post pasal perkembangan Bubu. BOLEH BACA SINI.

16 Mac 2012. Bawa Bubu ke klinik yang sama. Berat Bubu kurang 100g berbanding minggu sebelumnya. Bagitau Dr kerisauan aku pasal gigi Bubu (incisor dan inner teeth). Dia pun mengaku silap sebab tak check gigi masa visit sebelum ni. Tapi klinik yang ni tak buat dentistry untuk GP. Jadi Dr suggest satu klinik lain di Sg Long. Dia cadangkan bawak terus lepas tu sebab berat Bubu dah kurang sangat. Tapi aku tak boleh pasal kena rush balik Teluk Intan. Bawa Bubu balik Teluk Intan.

19 Mac 2012. Bawa Bubu ke klinik di Sg Long. Bawa Lola sekali sebab mata dia sakit sampai tak nampak biji mata (sekarang dah elok). Memang puas hati dengan cara vet kat klinik tu rawat. Aku maklumkan jugak kerisauan pasal kemungkinan masalah gigi (incisor dan inner teeth). Tapi vet kat klinik ni cakap gigi Bubu ok. Diagnos awal, dia kata maybe Bubu ada masalah lung/pernafasan dan usus dia lemah dan kurang bakteria sebab makan antibiotik sebelum ni. Jadi kali ni dapat ubat untuk kuatkan usus dulu. Patutnya kena bawa lagi selepas 5 hari untuk tengok semula keadaan lung.

Bubu RIP pada 20 Mac 2012. Lebih kurang pukul 9.30 mlm tengok Bubu dah tak bersemangat. Bila kita biasa take care of pets yang sedang sakit, kita tau bila masa kita kena give up trying dan buat apa yang lebih patut. Jadi aku stop cuba bagi makan dan minum pada Bubu. Aku letak Bubu atas riba berlapikkan tuala. Biarkan dia tidur dan rehat sambil aku buat kerja. Lebih kurang 10.30 mlm Bubu mula kejang2 selang beberapa minit. Lebih kurang pukul 11.30 Bubu kejang lagi dan lepas tu jantung dia dah tak berdegup.

Out of curiosity, lepas Bubu dah tak bernyawa sementara badan dia masih fleksibel aku dan Bal cuba check gigi Bubu. Inner teeth. Rupanya memang betul inner teethnya dah badly crooked (malocclusion), sampai bertemu kiri kanan dan bersilang. Patutlah tak boleh nak kunyah makanan. Pipi dia pun nampak macam kembang sampai mata nampak macam masuk ke dalam… tapi mungkin juga sebab dia dah kurus sangat.

Esoknya aku sms vet di klinik Sg. Long untuk maklumkan pasal Bubu. Aku faham bila dia kata dia tak sangka Bubu ada masalah inner teeth tu sebab tak ada salivation yang teruk. Lagipun aku tak tentu lagi mampu nak tanggung kos untuk trimming. Cuma harapan aku untuk bakal2 vets… kadangkala instinct atau pendapat pet owner perlu diambil kira. Tapi niat aku sms Dr tu cuma nak pastikan dia tak tunggu aku untuk bawa Bubu revisit dan at least lepas ni dia tau GP malocclusion tak semestinya ada heavy salivation.

Hmmm… bye bye Bubu. Tanam dia kat seberang jalan depan rumah. Terima kasih dah bagi kegembiraan selama hampir 2 tahun. Kami adopt Bubu masa umur dia 8 bulan.

Few gamba Bubu about a week sebelum dia RIP. The kitties doing a very good job meneman their uncle Bubu.




Ayam… kerana AYAM…

Aku ada tulis ini dia wall FB, share di sini jugaklah.

*****************************

Isu bertumbuk di KFC. Dear friends… pleaselah juga ingatkan kepada kawan2 anda yang lain. To those yang tak berada di tempat kejadian, bagus kita ambil tau tapi tak perlulah emosi sampai terbawa2 hal perkauman.

Tips utk elakkan hal yg sama berlaku pada kita;

1. KFC worker; Bersabar tak bermaksud anda kalah atau pengecut. Tumbuk pelanggan masa sedang bertugas, memang salah dan cari nahas namanya.

2. Pelanggan; Servis lambat boleh dikenalpasti dgn cepat, langkah bijak adalah pegi tempat lain. Kalau anda tunggu juga, kelewatan servis tak dapat justify provokasi kita kerana tak ada siapa paksa kita untuk terus berada di situ dari awal. Apalagi pekerja restoran adalah manusia, jadi kalau tengah bengang bukan saja boleh buat macam2 pada makanan kita malah belasah kita pun dia boleh, ingat.. org yang sedang marah boleh lupa undang2.

Peace yooo!

*****************************

Ok… aku share juga pengalaman sendiri. Tak pasti penah tulis di sini atau tak, apa pun aku cerita sajalah.

Kami pernah tunggu makanan lama gila di salah satu tempat makan kegemaran kami. Pelanggan2 kat meja lain yang datang selepas kami dah dapat, eh kami tak dapat2 lagi. Tak lama lagi tempat tu nak tutup. Bikin panas betul. Kami panggil pekerja yang ambil order kami, tanya dia makanan kami dah buat ke belum? Kalau belum kami nak cancel order dan pergi dari situ.

Dia datang balik dan beritahu tunggu kejap makanan kami sedang disiapkan. Tapi dia agak terkantoi, kami nampak dia baru send atau send semula order kami ke dapur. Maknanya dari tadi memang tak buat la. Tak cakap mintak maaf ke ape, muke nak stress. Aku memang hangin kalau org bersalah tunjuk muke stress, org bersalah kena tunjuk muka bersalah la… itu pun taktau ke. So aku tanya Bal; Kita nak bagi masalah pada dia ke tak? Kalau taknak bagi masalah, kita tunggu je. Kalau nak bagi masalah, kita tunggu ‘kejap’… kalau tak sampai dalam masa ‘sekejap’, kita blah saje.

Tapi pekerja tu bernasib baik sebab suami saya tak berapa nak kejam dan sedang lapar pula.  Dia punya sekejap macam orang tengah tunggu komuter ade hati nak kate kejap lagi sampai. Walau macam mana pun kami tak menjerit2 tak puas hati sebab kami yang pilih untuk terus tunggu di situ.

Sekian cerita saya.

Updated info;

Aku baca di blog cari.com, customer tu kata dia tunggu juga di situ walaupun lambat sebab dah beli kupon I-City termasuk meal KFC.. kiranya dah bayar la kot. Plus point untuk dia di situ. Apa2 hal pun, dia kena tolak/tumbuk oleh pekerja KFC dalam outlet KFC dan dia tak balas balik (tak kira la pasal apa dia kena tumbuk), siapla KFC kene bayar compensation… huhu. Kalau kena caranya, boleh kaya :D




Besi oh besi

Pertama kali rasa tak sabar nak tunggu appointment dengan ortho untuk adjustment braces. Archwire bahagian atas yang kat hujung kiri (pangkal ka hujung ka blasahlah) terasa macam dah panjang. Agaknya sebab power chain dah tarik maka ada lebihan kebelakang.

Makanya dia dok cucuk-cucuk bahagian dalam pipi. Lagi-lagi batuk nih, huhu. Aku tak merungut… aku tak merungut… aku tak merungutt… huhuhu. Cepat la 16 haribulan… kalau tak tukar archwire pun, mintak doc potong sikit besi ni pun jadilah.