Perkembangan gigi 20120417

Semasa entry ini ditulis aku tengah duduk di Krispy Kreme. Asalnya cuma nak alas perut sambil tunggu seseorang untuk paskan bunting. tapi lepas tu rasa nak ‘buat kerja’ kat sini kejap.

Baru lepas adjust braces. Dr. Reuben cakap it is looking good. Good improvement. Kami tengok gambar2 yang snap sebelum pakai braces… agak berbeza… hihih. Dia tanya, did your friends says anything about the difference? Aku kata, my husband said he can see the difference. Sungguh tak tepat jawapan aku. But I think that’s because I always think of what my husband would say… heheh.

Dr. Reuben cakap maybe selepas beberapa visit lagi (3-4 bulan) tak ada gummy smile dah. Tapi maybe perlu tukar gum pin sebab yang belah kiri macam dah longgar, aaaaa… tiny gerudi. Sebelum pasang gum pins, gummy smile aku jadi semakin teruk sebab gigi aku tak gerak kedalam dengan betul.

Kalau self-esteem aku pada tahap yang bagus, next entry aku letak gambar2 berkenaan gigi dan braces aku nih. Aku tak kira, aku anggap ada orang nak tau dan tengok… muahahaha.

Ohh… aku baru perasan, wire berlebihan kat bahagian belakang ni tak dipotong pun, adeh. Macam ade harapan mencucuk2 sampai next visit je ni, uhuhu.




Perkembangan gigi :: 9 Mac 2012

Ok hari Selasa lepas pergi appointment gigi.

Nak cakap pasal wisdom tooth aku dulu. Ada 1 lagi yang aku ingat belum tumbuh. Jadi masa Dr. Huwaida tengah belek2 gigi aku, aku pun tanya dia. Sebenarnya aku nak hilangkan rasa takut sebab kejap lagi nak pasang pin… huhu.

“Dr., saya rasa satu gigi wisdom saya tak tumbuh lagi, umur dah nak masuk 30 ni. Perkara biasa ke?”

“Sakit tak? Pernah cabut?”

“Tak sakit and rasanya tak pernah cabut.”

“Ok tak apa nanti saya tengok kat x-ray.”

Lepas pegi check Dr. Huwaida cakap gigi wisdom aku yang last ni tak akan tumbuh sebab tak ada tanda2 nak tumbuh. Erkss… apakah. Cara dia cakap macam ok saja jadi aku assume itu bukan masalah.

Adekah itu sebabnya aku masih suka pakai dan beli baju2 kartun sampai sekarang? Muahaha.

Ok… wisdom teeth adalah 4 batang third molars yang biasanya tumbuh masa umur kita antara 17-25 tahun. Gigi2 ni biasanya tumbuh paling akhir iaitu semasa kita menginjak dewasa dan lebih bijak (wise) berbanding masa gigi2 yang lain tumbuh iaitu masa kita masih kanak2 dan remaja. Sebab tu ia digelar wisdom teeth. Bukan bermakna bila dah tumbuh semua (tak kira berjaya tumbuh atau terpaksa cabut) kita secara automatik dah jadi orang yang punya wisdom. Ok… aku macamnya cuba menjustifikasi kekurangan aku, ahahaha.

Jujurnya sepanjang window shopping di BTS dan perjalanan balik aku rasa macam aku ada kekurangan sebab salah satu gigi wisdom aku tak akan tumbuh. Aku tak tanya lanjut pasal gigi tu kat Dr sbb dok teringat pasal nak pasang gum pins dan ada patients lain, kesian pulak nanti kena tunggu lama. Jadi sampai je kat rumah aku terus research pasal gigi wisdom tak tumbuh. Wah rupanya ramai lagi orang macam aku, yang tak tumbuh semua 4 pun ada. 9%-30% dari populasi manusia sekarang tak ada langsung/tak cukup third molars (bukan sebab dicabut).

Kira ok la kan… pandang dari sisi bagus, kurang satu seksa nak tumbuh gigi bongsu. Aku masih ingat masa nak tumbuh yang 3 tu, aku sanggup letak kapas tebal2 kat gusi belakang dan gigit kuat2 supaya gusi cepat koyak. Memang sakit, tapi tak buat pape lagi lame sakitnya. Macam psyco kan… tapi bagusnya masa gigi kedua dan ketiga nak tumbuh sakitnya tak lama macam gigi pertama. Teringin jugak nak tau siapa di kalangan famili dan kawan2 yang tak cukup gigi wisdom ni.

Ok berbalik tentang gum pins. Apa pasal aku takut sangat nak pasang gum pins ni? Nama sebenar dia Temporary Anchorage Device (TAD).. aku rasalah. Memandai je aku ni.. wahahah. Tapi aku cari info online, rupa dia memang lebih kurang macam yang dah pasang kat aku ni. Dikenali juga dengan nama ‘mini-pin’ atau ‘mini-implant’.

Dr. Reuben dah bagitau beberapa minggu lepas yang appointment kali ni nak pasang gum pins. Dia cakap tak sakit. Macam nak cabut gigi itu hari, tapi cabut gigi lebih sakit. Memang le tak sakit.. dah bius. Cube tak bius… warrghhhhh!

Dr. Huwaida yang pasangkan pin. Bius, pasang apebende tah, x-ray, then baru pasang pin. Dapat la aku tengok rupa dia, macam skru… huhu. Dan seperti dijanjikan, tak sakit. Rasalah something tapi tak sakit. Sekarang je sakit sebab dua-dua pin ni akan gesel kat bahagian dalam pipi bila aku nak cakap, gelak dan makan. Kalau nak gelak bersungguh2 kena cubit dan tarik 2 belah pipi dengan serentak… hihi.

Ok… kenapa aku kena pasang pin ni?
Sebabnya akar gigi aku besar. Jadi kiranya gigi macam dapat tarik kedalam tapi akarnya just ubah angle je, tak ikut masuk sekali. Pin ni digunakan sebagai anchor baru untuk force akar masuk ke dalam. Kalau tak buat begitu… nanti aku senyum korang nampak gusi aku je… muahahhaha. Gummy smile orang kate.

Dah sampai hari Jumaat ni aku rasa memang ada kesan. Gigi pun rasa kemas je. Aku nak snap gambar kasik tengok tapi susah pulak sebab macam kat dalam sangat. Boleh try search “Temporary Anchorage Device (TAD)”. Try tengok sini pun boleh, http://www.fsorthoperio.com/page9/page16/TADs.html. Ngeri tak? hehehehe.

Oh btw… aku rasa macam boleh geng wolverine pulak. Aku ada skru titanium kat jaw… hihih.




Perkembangan gigi :: 2 Dec 2011

Memerlukan ketebalan muka tahap maksima untuk entry kali ini.

Mengapakah?
Kerana aku nak letak gambar gigi aku sendiri… muahahahah. Tapi aku gagahkan juga sebab kalau ikut senarai ‘search string’, banyak juga yang sampai ke page aku ni sebab cari tahu tentang braces dan yang berkaitan dengannya. Aku pun dulu macam tu, sebelum ambil keputusan pakai braces memang giat cari maklumat dulu terutama pasal hukum (Islam) dan risiko. Ini antara page yang berkongsi tentang hukum memakai braces (KLIK SINI). Sebaiknya baca sampai ke bahagian komen sekali.

Sebelum itu… flashback sikit ye. Ini post hari pertama gigi dipagar besi (SINI POSTNYA). Sekadar info, sekarang aku dah boleh cakap macam biasa, heheh. Ok.. kat bawah ni gambar sebelum pakai braces dari sudut tepi. Sebelah yang satu lagi teruk lebih sikit kondisinya, maka aku terlebih segan nak kasik orang tgk… teeheee.

Gambar diatas telah diambil beberapa bulan sebelum braces di pasang dan gambar ini juga telah di edit sikit supaya tidak mengganggu fikiran orang yang melihat, wahahahha. Di bawah pula adalah gambar yang telah diambil pada 2 Disember 2011, juga telah di edit sikit untuk menjaga mata yang melihat… hihih. Untuk individu yang usia dah lewat 20-an rasanya tak boleh nak gerakkan gigi secepat budak-budak belasan tahun. Gusi dah keras… ahahahah.

Bahagian yang rompong adalah first premolars yang dicabut. Empat semuanya, dan aku simpan semua buat kenangan. Kalau panjang umur nanti dah tua boleh tunjuk pada anak cucu… heheh.

Ada juga yang tanya, tak rasa rugi ke habis ribu2 setakat nak betulkan gigi je. Jawapan aku… aku tak rasa rugi pun. Cuba fikir banyak kali pun setakat ni tak rasa rugi. Antara sebabnya, nampak gigi dah mula teratur, dapat pengalaman, tambah pengetahuan, rasa lebih hargai gigi dan makanan yang kita dapat makan, peluang interaksi dengan orang lain, dan macam2 lagi yang sebenarnya tak terfikir pun sebelum ni. Coppp… bukan niat aku nak menggalakkan sapa2 pakai. Pasang braces kalau rasa betul2 perlu saja, kalau tak perlu… jangan. Jangan gunakan duit untuk perkara yang kita tak perlu. Jangan pulak ada adik2 yang paksa parents, nak pasang braces… padahal parents tak mampu. Nanti bila dah ada duit sendiri baru buat… macam akak tau… heheh.

Okeh… semoga gambar2 di atas tidak mengganggu perasaan anda yang telah membaca dan melihat… :D