Eid al-adha :: Makan dan makan lagi
Dec 6, 2009 bebelanBiasa, bergambar
Ini adalah antara wajah-wajah yang buat aku sentiasa nak balik kampung dan sekali-sekala buat ‘Bakar Bakar Q’. Ramai lagi sebenarnye… tapi ni je yang aku larat nak edit dan sempat nak upload, heheh.
Menu BBQ kali ini adelah sate ayam, sate daging, sosej daging, sosej ayam, sosej ayam cheese, dan juga marshmallow. Pencuci mulut… aiskrim pelbagai rasa…
.
Ni try plugin picture viewer. Enjoy the pixies!
Tags: aidiladha, bbq, eid al-adha, famili, raya haji
Gambar tak berapa nak lama
Sep 30, 2009 bebelanBiasa, bergambar
Gambar2 ni snap masa pi piknik ngan family friends. Tak pasti sebenarnya penah upload atau tak… tapi tak apelah… upload saja.. hehe. Saje merajinkan diri nak edit. Ade beberapa gambar lagi yg teringin nak edit.. tapi simpan dulu la, ada kerja lain yang lebih penting… hihi. Edit ni pun sebab gian nak edit gambar.
Sekian…
Post Edisi Aidilfitri
Sep 25, 2008 bebelanLuarBiasa, bergambar
Ni dah Khamis… tak lama lagi raya. Aku tak sempat nak buatkan kad raya, banyak keje kene cover dulu huhu. So aku buat blog edisi raye je aa. Aku yakin semua yang bekerja ni cume tinggal action saja… hati dan minda(ewahhh) dah melayang2 dah ni… ahahaha.
Nak cite sket ah ape nak buat raya ni… (saje nak menyemarakkan semangat raya). First of all aku nak bagi mak ngan bapak aku sket raya gift. Nak bagi kat sume ahli keluarge alamat bangkrup la akueee… ehehehe. Ni gambanyeh… xpe mak ngn bapak aku x tgk page ni so utk derang still surprise lagi.. hhihi.
Untuk mak aku yang comel (sape yg penah jumpe mak aku tau la betapa keciknya dia… sgt jauh beza ngn aku.. haha)… aku bagi PURSE!!! aku carik yang boleh attach sling so kalau mak aku takut tercicir leh buat cam sling bag.
Untuk bapak aku lak.. bagi dia set wallet n belt. Mesti bapak aku cakap.. “eh… sebelum ni kan dah penah belikan tali pinggang.”
Aku dah sedia jawapan…. “dulu jenama lain pak, lagipun ni satu set dengan dompet… boleh sedondon.. hehe.”
Kami adik beradik dah berpakat kalau belikan parents kitorang barang, jgn sampai terbtau harga sebab nnti derang akan bising kate membazir… huhu. Tapi kitorang adik beradik ni semua teringin nak belikan macam2, so pandai2 la.. hihu.
Nephews and nieces plak…. hmm bagi duit raya je ah. Sape rajin picit bagi extra sket, upah… hahah. Saje nak memupuk minat derang untuk buat duit. Tapi aku siap pesan… ngan aku je boleh mintak upah… ngn org lain terutamanya atok n embah jgn mintak pulak. Pastu besar nnti jgn keje kat umah urut plak… wahahahha. Awal2 puasa hari tu derang dah request kat aku ajak wat bbq… bijak sungguh… xpe nnti aku ajak kakak aku skali tong2… bleh buat banyak sket.. hehhe, aku pun pandai pau orang… :p
Balik kali ni cam lama… so rasanya nak bawak Beki balik sekali.
Carrier yg lama dah bagi kat abang. So insyaallah petang ni nak gi carik carrier, ngan saiz Beki ni aku rase melayang gak la dalam +-RM300… huhu, nak start bagi dia makan premium cat food so nnti nak cari sekali, maybe melayang another RM50.
Sebelom korang semua balik raya ni… aku nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, harap maafkanlah kalau aku ade salah dan silap… ye la kan… aku ni cakap xde selindung2… kadang terover straight la plak.
Sambut raya pasang pelita
Sambil buat kuah soto
Penat diet masa puasa
Lepas raya tambah berkilo
hehehe…
Tags: bbq, beki, cat carrier, raya gift, selamat hari raya aidilfitri





















