Perkembangan Bubu: 12 Mac 2012

Hari tu ada tulis pasal Bubu sakit.

So far hari ni badan dia takde lah sekurus minggu lepas. Dah mula poop macam biasa tapi tak sebanyak biasa sebab makan pun ciput je. Poops cenonet dari biasa. Saiz poop dia yang biasa kalau baling laju2 kene dahi terasa jugak la kot, ni nak baling pun tak pegi jauh… huhu.

Apalah sakit kau ni Bubu… huhu. Salah satu benda yang dirisaukan, bila dia tak gigit makanan keras, gigi depan dia akan makin panjang… lagi lah susah nak makan. Sekarang bagi dia dok dalam rumah, sekali sekala je letak luar. Mujur juga kucing2 termasuk yang kecik2 ni tak kacau dia. Bubu pun rileks je nampaknya, tak takut.

Asyik kena tukar je air untuk Bubu sebab si kecik2 ni suka sangat cilok. Padahal ada je air untuk derang kat dapur.

Nasib baiklah ada manusia cipta syringe, banyak guna benda ni. Inilah syringe yang aku ubah suai dan gunakan untuk bagi Bubu makan. Ni syringe 10ml, matanya kecik sangat jadi potong terus dan dia tak besar sangat jadi ngam2 untuk masukkan dalam mulut Bubu. Setakat ini.. ini ajelah cara nak bagi Bubu makan. Hmm.. aku risau Bubu ada masalah gigi je, yang bahagian dalam. Harap2 tak lah… huhu. Kalau sampai kena buat treatment gigi bahagian dalam aku rase tak mampu oo.. huhu.

Harap sangat Bubu cuma tak selera makan je. Selagi mampu aku akan buat apa je untuk bagi Bubu terus hidup walaupun terpaksa hand feeding sampai bila2.




Bubu cepatlah sihat…

Tadi baru bawak mamat ni ke klinik.

Oh sungguh kasihan si Bubu. Patutlah cage dia tak banyak poopies rupanya dia tak sihat. Awalnya tak perasan sebab dah lebih kurang seminggu tak angkat Bubu. Dia pulak suka kembangkan bulu jadi nampak macam gemuk je. Cumanya perasan makanan dia nampak banyak je macam tak dimakan.

Jadi tadi lepas bersihkan bekas makanan, test angkat Bubu. Erks… apsal ringan sangat ni. Belek badan dia… kurus boleh rasa tulang… huhuhuhu sedihnye. Kadang2 nafas dia bunyi macam orang selsema. Bawah badan dia pulak dah lembab2 macam tak groom badan… wuwuwu kesiannya si gemuk saya.

Lepas bersihkan badan dia, terus bawak masuk nak bagi makan sayur. Godek2 peti ais jumpa cherry tomato… bolehlah. Try bagi dia… Bubu gigit2 lepas tu macam tak minat nak makan. Hmm… tak boleh jadik. Terus bagitau Bal and ajak ayah pi hantar ke klinik.

Bawak Bubu senang, tak payah masukkan dalam carrier ke.. kotak ke. Sebab dia tak hyper macam Ketto and Tiko. Sampai klinik tak ada ‘pesakit’ lain jadi cepatlah sikit. Bagitau vet what happen, his condition before this and beritau dia jugak dalam beberapa minggu ni kawasan rumah kami kene fogging nyamuk beberapa kali.

Vet kata bubu tak demam, heartbeat pun normal… tapi badannya macam tak berapa ok. Bahagian bawah badan dia yang aku cakap lembab tadi pun kulitnya macam dah kembang so maybe dah ada infection fungus termasuk kat telinga. Jadi lepas tu bubu kena makan few jenis ubat dan kena sapu ubat jugak kat beberapa kawasan kulit dia. And confirmlah dibekalkan ubat untuk makan dan sapu di rumah. Sebab vet pun tak sure what exactly Bubu punya problem jadi next week kena bawak dia ke klinik lagi.

Umur dia baru lebih kurang 3 tahun, so no way dia sakit tua… huhuhu. Harap2 Bubu cepat ok. I just want him to be chubby like always… tsk… tsk…




Featuring Bubu :D

Iqbal yang shoot video ni. Aku edit belasahan saja, hehehe. Cuma potong sana potong sini dan masukkan muzik je. Bab nak kasik efek2 video aku memang tak berkemahiran, Iqbal rajin la… tapi dia tengah sibuk.

Harap video ni dapat menceriakan seminit dari masa anda pun jadilah. Enjoy! :D